"pahhhhhh....pahhhh...." panggil mak akan jiran sebelahnya.
Tolong aku ni, anak aku dah kejang-kejang tu. Ya robbi, aku dah tak tahu nak buat apa ni, kau tolong lah aku pah. "Kejang macam mana tu?" tanya pah jirannya itu. "Entah, dia pusing kan kepalanya sampai tak mahu toleh dan mula nak kancing gigi" jawab maknya. "MasyaAllah, akak pergi ambil senduk lepastu letak dekat mulut dia supaya dia tak kancing gigi. Nanti dia akan gigit lidah sampai putus!! Cepat akak pergi sebelum apa-apa yang buruk berlaku, kejap lagi saya datang" kata jirannya sambil ketakutan.
Mak arif berlari masuk ke dapur dan mengambil senduk untuk diletakkan ke dalam mulut arif. "Abang ketepi dulu, biar mak yang uruskan adik" mak berkata kepada abangnya. Abang cuma tolong panggilkan Cik Ana cakap yang adik sakit. Minta tolong dia bawa suami dia sekali. Kalau boleh jangan lambat sebab adik ni mungkin nak kena hantar ke hospital.
Adik!! Adik!! Adik!!
Adik kenapa ni, jangan buat mak risau lah. Abah adik dah lah tak ada, mak pula kenderaan pun tak ada. Nak susah kan orang, jiran-jiran adik semua kerja. Adik jangan buat mak takut, mak tak mahu tengok adik sakit. Adik tolonglah cakap adik ok. "Adik dengar mak cakap tak?" berkata lagi mak kepada arif sambil melihat arif yang masih kekejangan. Jirannya datang sambil berkata "Akak, macam mana dengan arif?". Kau tengok lah sendiri dia tengah kejang-kejang ni. "Biar saya panggil kan suami Kak Ana. Nak kena bawa ke hospital ni" kata jirannya Pah yang semakin gelisah melihat kekejangan arif.
"Assalamualaikum?" Kak Ana dan suaminya datang dan memberi salam.
Waalaikumussalam. "Kenapa dengan anak kamu arif tu?" Kak Ana bertanya. Lalu maknya menjawab "saya pun tak tahu kenapa dengan anak saya ni, mula-mula dia hanya pandang-pandang di atap dan katanya ada orang dekat atas tu. Lama-kelamaan dia terus kejang lepastu kancing gigi". Saya pun makin pening dan tertanya-tanya kenapa boleh jadi macam ni. Sambil mengalirkan airmata kesedihan melihat keadaan anaknya. "Bila mula nampak lain ni?" tanya Kak Ana kepada maknya. Masa di sekolah dah nampak macam ada yang tak kena dengan si arif ni. Arif selalu cakap yang dia selalu nampak orang tua dekat sekolah tu, saya sendiri tidak pasti siapa. Bila ditanya di hanya menjawab dia kenal sangat dengan orang tua tu.
"Rasanya dia kena SANTAU !!" menyampuk seorang makcik yang baru sahaja tiba. "Kenapa makcik cakap begitu?" sampuk kembali mak arif. Jawab makcik tersebut dengan pantas "sebab makcik nampak apa yang berada dekat atas atap rumah kamu ni!!". Kamu pergi ambil air putih dan makcik akan bacakan untuk bagi kepada anak kamu ni. Sambil mak arif mengambil air didapur, makcik tersebut pun duduk disebelah arif. "Nah makcik airnya" kata mak arif lalu memberi air putih kepada makcik tadi.
Bismillah hirrahman nirrahim.... Alhamdulillah hirobbil alamin.................................... "makcik tadi membaca Al-Fatihah sehingga habis lalu memberikan air putih tersebut kepada arif.
Arif meminum minuman tersebut tetapi tidak ada sebarang perubahan yang berlaku. Lagi meronta-ronta si arif seperti sedang histeria. "Akak, biar saya bawa arif ke hospital" suami Kak Ana mempelawa mak arif. "Baiklah!! saya ikut awak. Takut nanti terjadi apa-apa dengan anak saya" jawab mak arif. Dengan keadaan yang tergesa-gesa, kami mengangkat arif dan memasukkanya kedalam kereta lalu dibawa ke hospital. Ketika di dalam kereta tiada apa lagi yang dapat diperkatakan oleh mak arif selain hanya menangis memohon kepada yang Esa untuk memulihkan anaknya. "Akak jangan bersedih, nanti saya terlalu gelisah ketika membawa kereta ni" berkata suami Kak Ana kepada mak arif. Kita berserah sahaja kepada Allah S.W.T kerana ini semua datangnya daripada dia. "Baiklah, saya cuma takut apa-apa terjadi pada anak saya ni." jawab mak arif.
Setibanya di hospital.............
2 KOMEN CORETAN HATI:
bile nk smbung ag cite ni...xsabar nk bace ending nye..
Kalau habiskan trus citer ni blh tak?nape msti sekat2.
Post a Comment