SINOPSIS : " Mak !! Adik pergi dulu "


TAJUK
 " MAK !! ADIK PERGI DULU "

PENULIS 
 Muhammad Taufiq

SINOPSIS : 

Kehidupan seorang anak yang taat kepada kedua orang tuanya tetapi dia tidak sedar bahawa kehidupan didunia ini hanya sementara buatnya. Dunia ini dianggap persinggahan diusia muda dan terpaksa melepaskannya hanya kerana Allah memilih dia.

Menikmati kehidupan seharian yang memberi seribu satu kebahagian bersama keluarga. Duduk bersama maknya kerana ayah yang sudah lama bercerai dan tidak duduk sebumbung dengannya membuatkan dirinya bangkit untuk menempuhi kehidupan di dunia yang hanya sementara. Pada permulaan kehidupan, dia merasakan dia pasti akan mendapat kesempurnaan didunia ini tetapi apa kan daya Allah lebih sayangkannya.

Kehidupan yang kurang mampu bersama maknya membuatkan dia berasa adakah pemergiannya menjadi satu  kesenangan buat maknya. Adakah dia membebankan, kerana maknya perlu menyara abang dan adiknya yang lain. Dia tidak sedar bahawa dia telah menghidap penyakit barah otak yang boleh membawa maut pada bila-bila masa sahaja.

Bersekolah seperti biasa, makan dan minum bersama abangnya membuatkan dirinya terlalu rapat dengan abangnya. Abang yang selalu menasihati adiknya dan kadang-kadang selalu bergaduh bersama adiknya hanya kerana adiknya mendapat kasih sayang yang lebih dari maknya. 

Tetapi pada suatu hari, ketika maknya pergi ke sekolah untuk mendaftarkan adiknya yang paling kecil bersekolah. Dia telah menunjukkan satu reaksi yang agak pelik dan mula menampakkan sesuatu perkara yang aneh dan di situlah  bermulanya..............


11 KOMEN CORETAN HATI:

Honey Kumicky said...

Nice entry fiq...teruskan usaha..
pasti berjaya...

azri johan said...

oke, tak sabar nak baca cerita ni

Fendy said...

next sambungan pliss...

aisyah ecah said...

tajuk yang menarik.mesti best cite ny....i'll be waiting... =)

LUTFI SYAFIQ said...

can u plis gimme the hardcopy... malas nk bce secara online. pedih mata ngadap lappy. wahahahah

nurainie_salim said...

terus kn cte....?

aien hermionie said...

menunggu cerita nie..

chibbyyangsukepotpet said...

tite akn follow :)

Kaki Wayang said...

Kepada blog yang kurang follower, kurang pembaca anda perlu sertai segmen ini...Kepada blog yang terpilih, blog anda akan diletakkan di ruangan SLIDER di atas sebagai salah satu promosi kepada blog anda..secara percuma blog anda akan diiklankan..tak perlu bayar apa-apa..dengan cara itulaaa bloganda akan lebih dikenali..so tak payah nak susah payah cari follower lain...IKLAN FREE selagi segmen ini terus berjalan..

http://informations-the.blogspot.com/2011/12/segmen-kaki-wayang-nak-review-blog.html

Insyirah Izzati said...

Sure sedih :') Inform nanti kalau dah siap <3

CK said...

aku pun nak hardcopy gak bagi aku skali.. harhar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...