" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 17.





Hari ini lagi sekali Arif akan diperiksa keadaannya, jika baik mungkin Arif boleh pulang ke rumah sehingga dipanggil kembali oleh doktor untuk rawatan selanjutnya dan jika masih tidak baik atau ada kesan sampingan yang tidak mampu dielakkan. Arif mungkin akan ditahan lagi untuk sehari atau dua di HUKM.

Kalau nak dikatakan tidak sihat, lihat sendiri raut wajah mukanya. Di situ sudah kelihatan betapa sihat dan gembiranya ketika dia sedar. Mak, ayah, abang, doktor dan semuanya mengharapkan Arif dapat pulang dan menjalani kehidupan seperti biasa. Apakan daya, walau Arif sihat atau tidak. Dia tetap akan dipanggil oleh doktor untuk meneruskan rawatan susulannya.

"Mak...Arif dah sihat kan?" tanya Arif kepada maknya.

"Adik memang sudah sihat tapi adik masih lemah lagi buat masa ni. Sehari dua lagi mungkin adik dah boleh pulang ke rumah. Jangan risau tau." jawab mak Arif.

Kalau ditanya apa yang Arif hendak lakukan bila balik rumah nanti. Tentunya banyak yang akan diluahkan oleh si anak kecil ini. Jangan kata bermain, melompat pun dia mahu walaupun masih belum sihat sepenuhnya. Bukan Arif je yang gembira, satu lorong jirannya akan datang ke rumahnya untuk menyambut kepulangan Arif.

"Adik..kita pergi makan dulu nak?" tanya mak Arif.

"Arif tak lapar lah mak. Tapi kalau ayah nak belanja Milo ais tabur Arif ok je. Hehe." ketawa sopan Arif sambil meminta Milo Ais tabur kesukaannya tu.

"Oh ya, ayah dah belikan dah Milo ais tabur kesukaan Arif ni. Takkan lah ayah boleh lupa pula dengan air kesukaan Arif tu." menyampuk si ayah dan memberitahu kepada Arif.

Gembira sungguh si Arif bahawa ayahnya tak pernah lupakannya walaupun mereka bukan duduk sebumbung. Tanpa membuang masa, Arif terus mengambil air milo tersebut dan habis diminumnya dalam masa 1 minit sahaja. Arif yang kelihatan sangat haus mula berkata kepada ayahnya "ayah, Arif nak lagi air milo ni. Sedapnya sampai sekejap je Arif habiskan walaupun air ni sejuk."

"Ish, adik tak boleh minum banyak-banyak sebab air tu manis tahu tak. Tak baik untuk kesihatan. Doktor pun marah arif minum air sejuk banyak-banyak. Nanti boleh jadi sampai pening kepala. Ayah dengan mak juga yang susah nanti." marah ayah kepada Arif.

"Alaaaa, bukannya selalu Arif minum. Benci lah macam ni." Arif berkata dalam keadaan yang sedih.

Mulalah Arif memuncungkan dirinya. Diam seribu bahasa, hampir semua orang dia tidak mahur tegur nanti. Ayahnya mencari jalan untuk memujuknya tetapi Arif tetap mahukan milo ais tabur kesukaannya itu. Mak Arif cuba memberi Arif air yang telah disediakan oleh pihak hospital tetapi dia tetap enggan.

"Mak..abang ada satu cara. Apa kata kita bawa adik pergi makan dekat kedai bawah. Abang tengok macam sedap je makanan dekat kedai bawah tu." kata abang Arif kepada maknya.

"Itu sebenarnya bukan adik kau yang nak tapi sebenarnya kau yang nak." berkata mak Arif sambil tertawa kecil.

Mak Arif pun memujuk Arif untuk sama-sama menjamu selera digerai bawah dan selepas itu terus pergi melihat semua kawasan hospital bersama ayah dan abangnya. Ketika itu Arif seperti mahu sahaja kerana maklum lah, mak yang tersayang memujuknya mesti dia akan turuti. Tapi........

Arif masih belum dibenarkan untuk bergerak bebas dan keadaannya juga sangat lemah. Mungkin mak Arif perlu membeli sahaja makanan yang diinginkan oleh Arif. Mesti nanti Arif akan berasa amat sedih.Sekarang keadaan sudah bertukar menjadi tidak tenang. Macam mana hendak memujuk Arif supaya dia tidak merajuk lagi.

Ayah Arif pun menyerah kalah dan memberi peluang terakhir untuk Arif meminum air kesukaannya tu. Ayahnya pun turun ke bawah lalu membeli air tersebut. Arif mula nampak tersenyum dan barulah senang hati semua orang. Kalau tidak memang susah nak pujuk Arif yang sangat manja ni.

Kata maknya, apa pun yang berlaku, Arif anak yang istimewa. Mungkin penyakit yang menimpanya itu adalah satu cara Allah lakukan untuk mendekatkan Arif dengannya. "Aku harus berfikiran dengan lebih matang supaya aku tidak memikirkan perkara yang buruk untuk anakku." berkata didalam hari mak Arif sambil memandang keluar tingkap.

5 minit berlalu........

"Adik, ayah datang bawa air milo tabur kesukaan adik ni." datang ayah Arif dan berkata kepada Arif.

"Cepatnya ayah beli air tu untuk Arif?" Arif yang pelik berkata kembali kepada ayahnya.

"Ayah lari tadi masa pergi beli, sampai nak jatuh ayah dekat tangga tu. Hehe." tersengih sambil menjawab pertanyaan anaknya.

Semua yang berada didalam bilik tersebut tergelak melihat gelagat ayah Arif. Jangan kata jururawat, pesakit dibilik sebelah pun tersengih. Maklum lah, kedudukan diantara pesakit sebelah dengan Arif agak dekat. Sedang berseronok melihat gelagat ayah Arif, tiba-tiba mak Arif menangis dan terus keluar dari bilik berkenaan. Ayah Arif yang berasa pelik terus mengejar bekas isterinya itu.

"Kenapa dengan awak ni, menangis depan Arif lepastu main keluar je dari bilik macam tu. Apa lah yang nanti akan Arif fikirkan tentang awak?" berkata ayah Arif sambil menahan mak Arif.

"Awak berseronok tapi ada awak fikirkan macam mana dengan kos pembedahannya. Kos penginapannya dan juga segala kos lain. Belum lagi saya rungsing nak beritahu Arif yang dia perlu duduk dihospital untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya. Pernah awak fikir semua tu?" marah yang teramat sangat mak Arif terhadap bekas suaminya.

Saya berserah sahaja pada takdir. Selepas ini awak jangan tanya lagi apa-apa dengan saya.








9 KOMEN CORETAN HATI:

kak Zaza said...

sambung cite nie lg.. :)

kak Zaza said...
This comment has been removed by the author.
Hanim Irsyad said...

best. sambung cepat ye:)

Unknown said...

ep 17? ok aku dah ketinggalan la ni? huhu aku tak baca novel.. tp sbb mbr nye pasal, nanti aku dapatkn feel untuk membaca.. hoho..tapi mana nak dapat feel tu? aku pun tak tau.. lol

Anonymous said...

kadang2 ayah nampak lagi tabah tapi seebenarnya hati ayah lagi risau dari mak.
kan?
:)

Anonymous said...

dah lama tunggu sambungan cite ni.. apa kesudahan?

Unknown said...

huhu..lama x update..
nak taw kesudahanya..

Unknown said...

Awesome. Tak sabar nak tau kesudahan nya. Sambung cepat cepat. Btw good job Taufiq. :)

Unknown said...

Awesome. Tak sabar nak tau kesudahan nya. Sambung cepat cepat. Btw good job Taufiq. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...