" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 16.





Itu semua hanya tanggapan sahaja. Arif pun masih belum sedar jadi tidak tahu lah bagaimana kedaan dia nanti apabila dia sedarkan diri. Dari doktor, jururawat dan keluarga Arif sendiri mengharapkan yang Arif akan sedar secepat yang mungkin dan tidak sabar mereka ingin melihat senyuman manja Arif yang mampu memberi kegembiraan kepada semua orang.

Mak Arif tiba kembali di bilik anaknya ditempatkan selepas menikmati makan malam di kedai makan yang berada dibawah. Dia terus duduk disebelah anaknya lalu bertanyakan kepada jururawat yang memerikasa Arif ketika dia sedang makan dibawah.

"Jururawat, macam mana dengan keadaan anak saya. Adakah semuanya ok."

"Alhamdulillah, saya sudah periksa keadaannya dan semuanya ok. Bukan itu sahaja, tadi semasa saya sedang memeriksa. Arif memberi satu respon dengan menggerakkan jari telunjuknya. Kata doktor, itu satu petanda bahawa keadaan Arif akan begitu baik apabila sedar nanti. Tapi kita tidak boleh memberi apa-apa andaian sekarang kerana Arif pun masih belum sedar kan diri." jawab jururawat akan pertanyaan mak Arif.

Mak Arif tersenyum apabila mendengar kata-kata doktor tersebut walaupun dia tahu yang anaknya masih belum sedar kan diri lagi. "Tapi, walau Arif sihat pun, dia tetap akan menjalani Chemotheraphy di Hospital ini. Kata doktor jika tidak menjalani pemeriksaan tersebut, kuman di kepala Arif tidak akan dapat dibuang. Itu boleh menyebabkan ketumbuhan dikepalanya tumbuh semula." berbisik didalam hati mak Arif.

Jururawat tadi pergi meninggalkan mak Arif kerana tugasnya sudah selesai. Mak Arif merasakan dirinya sangat penat kerana menjaga Arif seharian jadi di terus ingin melelapkan matanya lalu tidur disebelah Arif. Malam pun berlalu sehingga lah bertemu hari esok.

Pagi itu, tepat jam pukul 9.00 pagi. Ayah Arif tiba di Hospital bersama abang Arif. Mereka datang membawa makanan yang banyak untuk Arif. Tidak lupa juga air Milo Ais tabur kesukaan Arif yang memang dah lama Arif tidak minum. Niat ingin mengejutkan mak Arif tapi nampak mak Arif seperti sangat letih jadi dia hanya membiarkan mak Arif tidur sehingga dia bangun sendiri.

Makanan yang dibeli sudah makin sejuk. Arif masih tidak sedarkan diri. Maaf Arif pun masih tidur dan belum bangun lagi. Dia mengambil keputusan untuk makan dahulu sementara menunggu mak Arif bangun. Ketika sedang makan, tiba-tiba ayah Arif mendengar satu suara yang sedang memanggil "mak...mak...mak..mak..." Dia menoleh kepalanya dan terkejut apabila melihat Arif sudah sedar lalu memanggil maknya. Dengan keadaan yang sangat gembira, ayah Arif terus mengejutkan mak Arif dan memberitahu bahawa anaknya sudah sedar.

Mak Arif bangun dan terus memeluk anaknya. Alhamdulillah Ya Allah, kau telah sedarkan anakku. Tidak ada kata-kata lain yang mampu aku ucapkan selain hanya bersyukur kepadamu. Menangis mereka semua apabila melihat Arif sudah sedar. Mungkin tangisan yang membawa erti kegembiraan.

"Mak...Arif dekat mana ni? Arif dah sihat ke?" Arif berkata kepada maknya.

"Adik baru je sedar dari pembedahan semalam. Doktor kata adik akan sihat lagi beberapa hari dan kita boleh pulang ke rumah." mak Arif menjawab pertanyaan Arif walaupun terpaksa menipu untuk menyedapkan hati anaknya.

Arif masih kelihatan sangat lemah. Mak Arif terus berlari dan memanggil doktor yang merawatnya. Doktor datang dengan kadar yang segera dan terus memeriksa Arif. Disaat itu, keadaan menjadi kelam kabut sedikit kerana semuanya ingin melihat keadaan Arif. Ayah Arif yang sedang makan pun terus membuang makanannya. Abang Arif hanya bersedih dan melihat adiknya dari jauh.

"Puan harus memberi Arif rehat yang secukupnya. Jangan ditanya soalan yang bukan-bukan dan jangan sesekali membuatkan dia merasa tertekan. Kerana dia masih belum sihat sepenuhnya." kata doktor yang merawat kepada mak Arif.

"Baiklah, insyaAllah saya akan menjaga dia dengan sebaik mungkin." jawab mak Arif sambil mengelap airmatanya yang semakin mengalir itu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...