" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 15.




Selesai sudah mak Arif mengisi borang berkenaan. Dia memberikan borang tersebut kepada Encik Ramlan dan berharap lelaki tersebut dapat membantunya walau hanya dengan bantuan yang sedikit. Mungkin juga dapat memberi kelegaan kepada mak Arif. Harapan yang tinggi semoga Arif dapat dibawa keluar dari Hospital berkenaan.

"Terima kasih kepada Encik Ramlan kerana sudi membantu saya disaat saya buntu untuk mencari wang bagi membayar semua kos pembedahan anak saya Arif." kata mak Arif kepada Encik Ramlan yang sanggup membantunya walau dia tahu kos pembedahan Arif berjumlah RM5,000.

"Tidak mengapa puan, alhamdulillah saya sudah melakukan tanggungjawab saya untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Saya lagi sangat bertuah kerana Allah memberikan kepercayaan kepada saya untuk membantu puan. Saya juga berharap anak puan Arif akan cepat sembuh dan mungkin satu hari nanti akan menjadi anak yang berjaya dan dapat membantu puan ketika susah dan senang." Encik Ramlan membalas kata-kata mak Arif.

Selepas membalas kata-kata mak Arif, lelaki berkenaan pun pergi meninggalkan mak Arif. Katanya jika semuanya sudah selesai dia akan menghubungi mak Arif untuk memberitahu keputusan kelulusan bantuan kos pembedahan anaknya dan dia juga meminta mak Arif untuk sentiasa berdoa semoga anaknya cepat sembuh dan boleh pulang ke rumah secepat yang mungkin.

Mak Arif terus duduk disebelah Arif lalu memegang tangan Arif. Anaknya masih lagi belum sedar. Jahitan di kepala anaknya begitu kelihatan sehingga dapat dilihat dari jarak yang jauh. Kata doktor jahitan di kepala Arif sebanyak 26 jahitan. Bila Arif sedar nanti mungkin maknya perlu menjaga Arif dengan betul kerana takut nanti terbuka pula jahitan di kepala Arif.

"Adik.. Bila adik dah sedar nanti kita dah boleh balik rumah. Apa yang adik nak semua akan mak belikan. Walau mak tak ada duit pun mak akan cari untuk adik. Yang penting adik kena sedar dulu tau." mak Arif berkata kepada Arif walaupun anaknya masih belum sedar lagi.

Sedih apabila melihat keadaan Arif bila dia sedar nanti. Banyak yang mungkin dia tidak mampu dan tidak boleh lakukan. Mungkin sebab dia perlu jaga kesihatan dan keadaan kepalanya. Doktor juga ada kata yang Arif tidak boleh bersekolah kerana dia perlu menjalani  Chemotheraphy yang sangat kerap dan mungkin dia akan duduk di hospital kerana jarak rumahnya dengan Hospital sangat jauh. Jika dia berulang alik dari rumah ke Hospital, banyak kos yang perlu dikeluarkan.

Tapi jika Arif tahu dia akan duduk di Hospital, mesti dia akan marah dan minta untuk pulang ke rumah. Lagi pula Arif seorang yang sangat sensitif. Kalau kata tidak boleh pasti dia akan merajuk dan mula menjauhkan dirinya. Dalam keadaan begini, mak Arif perlu juga mencari jalan untuk memberitahu Arif yang anaknya perlu duduk di Hospital untuk menjalani Chemotheraphy dan akan pulang sehingga Chemotheraphy tersebut tamat.

Hari sudah lewat malam, Arif tidak sedarkan diri lagi. Mak Arif membuat keputusan untuk pergi makan dahulu sementara jururawat sedang menemani Arif. Sebelum pergi makan dibawah, mak Arif menghubungi bekas suaminya iaitu ayah Arif dan memberitahu bahawa ayah Arif tidak perlu datang pada malam tersebut kerana Arif mungkin akan sedar pada esok harinya.

Sementara mak Arif menikmati makan malam dibawah. Jururawat yang menjaga Arif pun memeriksa keadaan Arif adakah baik ataupun tidak. Selepas beberapa minit memeriksa Arif, tiba-tiba Arif memberi satu respon dengan menggerakkan jari telunjuknya. Arif seperti akan sedar dan mungkin juga satu keajaiban akan berlaku kerana doktor memberitahu jika Arif dapat menggerakkan jari telunjuknya waktu dia belum sedar. Ini bermakna keadaannya sangat baik bila dia sedar nanti.

Akan tetapi............

" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 14.





Tepat jam 10.20 malam, doktor keluar dari bilik pembedahan dan memberitahu keputusan pembedahan tersebut kepada mak dan ayah Arif yang sudah hampir 3 jam menunggu diluar bilik pembedahan tersebut.

"Maaf saya mengganggu akak dan abang, saya ada khabar berita yang baik untuk awak berdua. Arif telah selamat dibedah dan kami telah pun membuang ketumbuhan yang ada dikepalanya. InsyaAllah selepas ini dia akan sembuh sepenuhnya tetapi harap akak dan abang akan beri dia waktu untuk rehat. Jangan terlalu memberi dia tekanan kerana mungkin dia akan mudah untuk pening kepala." doktor berkata kepada ayah dan mak Arif.

"Alhamdulillah, terima kasih banyak doktor. Tidak ada apa lagi yang mampu saya perkatakan. Saya juga berharap dia akan sihat sepenuhnya." berkata ayah Arif kepada doktor tersebut.

Mereka berdua sudah menampakkan kegembiraan yang tidak mampu untuk diperkatakan lagi. Suasana bertukar menjadi tenang dan akhirnya Arif dibawa keluar dari bilik pembedahan dan ditempatkan ke dalam bilik kawalan supaya tidak ada sesiapa yang mengganggu dia. Akan tetapi, Arif sangat lemah dan tidak sedar kan diri lagi kerana kesan ubat penenang yang masih belum hilang sepenuhnya.

Doktor menunjukkan sesuatu kepada mak Arif dan berkata, "Puan, inilah besi yang kami masukkan di dalam kepala Arif supaya kami dapat menutup tengkorak yang telah kami potong tu. Harap puan akan jaga kepala anak puan dengan sebaik mungkin kerana tengkorak sebelah kanannya telah kami potong."

Terkejut mak Arif mendengar apa yang diperkatakan oleh doktor tersebut. Apakah yang berlaku sebenarnya sehinggakan doktor perlu memotong tengkoraknya. Adakah terlalu serius untuk dia melakukan perkara itu. "Ya Allah, jangan lah aku memikirkan sesuatu yang buruk. Mungkin doktor perlu melakukan perkara tersebut kerana jika tidak, anak aku juga tidak akan dapat diselamatkan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah." berkata di dalam hati mak Arif yang sangat sedih.

Mereka berdua duduk disebelah Arif dan berharap agar Arif akan cepat sedar kerana tidak sabar untuk melihat Arif senyum dan gembira seperti dahulu. Mesti lepas ni Arif akan dapat pergi ke sekolah seperti biasa, dapat bermain layang-layang dengan abangnya dan dapat menghabiskan masa di rumah dengan makan.

"Awak, saya harap lepas ini saya tidak akan menyusahkan awak lagi dan saya mahu awak sedar diatas dugaan yang telah Allah berikan kepada kita sekeluarga. Semoga awak akan lebih bahagia kelak." mak Arif berkata kepa bekas suaminya.

Walaupun Arif sudah sihat, tetapi mak Arif tetap merasa rungsing. Bagaimana dengan kos pembedahan anaknya yang berjumlah RM5,000 ringgit itu. Di mana dia mahu mencari wang sebanyak itu. Adakah mak Arif harus meminta simpati untuk mendapatkan wang pembedahan anaknya itu. Ingatkan segalanya telah berakhir tetapi tidak. Banyak yang perlu difikirkan oleh mak Arif. Dengan kos pembedahan anaknya, kos penempatan anaknya ketika berada di hospital tersebut dan banyak lagi.

"Awak, saya nak tanya ni. Awak ada duit RM5,000 ringgit tak?" mak Arif bertanya kepada bekas suaminya itu.

"MasyaAllah, banyaknya duit yang awak minta. Untuk apa tu?" ayah Arif terkejut dan bertanya kembali kepada mak Arif untuk apa dia meminta duit sebanyak itu.

"Sengaja awak ni buat-buat tak tahu. Untuk kos pembedahan Arif lah. Saya mana ada duit sebanyak tu, nak bagi makan anak-anak pun belum tentu cukup sempurna." jawab mak Arif.

"Maaf saya katakan, saya tidak ada duit sebanyak itu." dengan rasa tidak bersalah ayah Arif menjawab kembali.

Terus berlinangan airmata mak Arif mengenangkan nasibnya. Mungkin dia rasa tidak ada gunanya dia meminta wang sebanyak itu kepada bekas suaminya sedangkan bekas suaminya itu sendiri tidak pernah memberi sedikit pun wang kepada mak Arif sekeluarga. Jangan kan wang ringgit, bertanyakan khabar pun tidak pernah walau sekali. Bila mengenangkan kembali apa yang berlaku, begitu perit sehingga tidak mampu untuk diungkapkan oleh mak Arif.

Hidup yang serba kekurangan membuatkan keluarga Arif terlalu kesempitan wang untuk membayar kos pembedahannya. Jika mereka tidak dapat membayar kos pembedahan tersebut, mereka tidak akan dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Ketika memikirkan jalan untuk mendapatkan kos pembedahan Arif, datang seorang lelaki yang bertanyakan kepada mak Arif, "Saya Ramlan dari Syarikat Kewangan Swasta. Anak puan ke tu?"

"Ye, anak saya. Dia baru sahaja keluar dari bilik pembedahan dan masih belum sedarkan diri." jawab mak Arif dalam keadaan hatinya sedikit bersemangat kerana baginya mungkin lelaki terbabit boleh membantunya untuk membiayai kos pembedahan Arif.

Lelaki terbabit memberikan sepucuk surat kepada mak Arif dan menyuruh mak Arif untuk memenuhi ruangan kosong surat berkenaan. Katanya dia sedang mencari orang yang perlukan bantuan kewangan. Mungkin lelaki ini benar-benar mampu membantu mak Arif.

"Ya Allah, adakah benar orang inilah yang mampu membantu aku. Adakah ini pertolongan yang engkau turunkan untuk aku. Aku bersyukur Ya Allah walau aku percaya dia tidak akan membantu aku untuk sepenuhnya tetapi ini sudah cukup mengurangkan bebanku." menangis di dalam hati mak Arif lalu bersyukur kepada Allah akan pertolongan yang diterimanya.

Tanpa membuang masa, mak Arif mengisi semua ruangan kosong di dalam kertas berkenan. Harapan baginya dapat membawa Arif keluar selepas semuanya selesai dan selepas Arif sedar nanti.




" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 13.





Arif telah jatuh pengsan. Maknya cuba untuk menyedarkannya tetapi dia seperti tidak sedarkan diri. Dalam keadaan yang kelam kabut, mak Arif terus berlari memanggil doktor yang merawat anaknya. Mak Arif berlari sekuat hati tanpa menghiraukan sesiapa pun yang memandangnya sehingga sampai dihadapan pintu bilik doktor yang merawat anaknya.

"Doktor...doktor..anak saya pengsan!!" Menjerit mak Arif dihadapan bilik tersebut.

"MasyaAllah, macam mana dia boleh pengsan. Saya perlu menyedarkan dia dengan segera." Doktor tersebut menjawab.

Mereka berdua berlari untuk mendapatkan pertolongan jururawat yang ada dan terus membantu Arif. Keadaan ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Arif seperti nyawa-nyawa ikan walaupun doktor telah cuba untuk menyedarkannya. Disaat itu, doktor mengeluarkan segala pengetahuannya untuk merawat Arif sehingga anak kecil itu sedar. Apa kan daya, Arif terpaksa dimasukkan ke dalam wad ICU semula untuk diperiksa. Oksigen diberikan untuk memastikan pernafasan Arif berjalan dengan lancar.

"Doktor..macam mana dengan keadaan anak saya?" kata mak Arif yang ketika itu sangat rungsing dengan keadaan anaknya.

"Maaf saya katakan, puan harus memberikan keputusan untuk membedahnya sekarang. Saya takut selepas ini segala keputusan puan tidak ada gunanya lagi." jawab doktor tersebut dengan tegas.

Keadaan lagi sekali telah memaksa mak Arif untuk membuat keputusan bagi pembedahan anaknya itu. Akan tetapi, adakah dengan cara itu Arif akan disembuhkan. Bekas suami dan abang Arif masih belum melawatnya lagi, dengan siapakah dia ingin mendapatkan kepercayaan. Haruskah dia meneruskan keputusannya untuk terus membenarkan doktor untuk membedah anaknya. Hati yang semakin gundah gulana dan tidak mahu apa-apa pun terjadi keatas anaknya Arif. Dia terus membuat keputusan dan memberitahu doktor.

"Doktor..saya sudah membuat keputusan dan membenarkan doktor untuk melakukan pembedahan ke atas anak saya Arif."

"Terima kasih puan dan apa pun yang akan terjadi selepas ini harap puan akan terima dalam keadaan hati yang terbuka." berkata doktor tersebut kepada mak Arif.

Jam tepat pukul 8.00 malam dan Arif telah dimasukkan ke bilik pembedahan. Sekarang semuanya bergantung kepada doktor berkenaan untuk membedah Arif tanpa ada apa-apa implikasi yang berlaku selepas pembedahan tersebut dijalankan. Mak Arif hanya dibenarkan untuk duduk diluar bilik pembedahan. Ketika itu apa lagi yang harus diperkatakan, hanya doa yang mampu dihulurkan. Tanpa membuang masa, mak Arif terus menghubungi bekas suaminya.

"Assalamualaikum? Awak, Arif sekarang dalam bilik pembedahan. Tadi dia pengsan dan saya terpaksa memberikan keputusan untuk membenarkan doktor membedahnya. Harap awak dapat datang ke sini dengan segera kerana mungkin Arif perlukan awak disisinya bila dia habis dibedah nanti."

Ayah Arif menjawab "Waalaikumussalam. MasyaAllah, macam mana boleh pengsan tu. Ok, saya akan datang sekarang tapi mungkin akan lambat sedikit sebab perlu minta kebenaran orang atasan untuk keluar kerja awal. Awak jangan risau, saya pasti akan cuba untuk datang seawal mungkin. Harap tidak akan ada apa-apa yang berlaku semasa pembedahan tu dijalankan."

Mak Arif masih menunggu diluar bilik pembedahan. Hatinya semakin resah menunggu keputusan pembedahan tersebut. Dalam keadaan yang sangat sedih dia mencuba untuk menenangkan dirinya kerana Arif pernah berpesan kepada maknya bahawa jika dia dibedah, dia tidak mahu maknya merasa sedih kerana dia yakin dan percaya pembedahan itu akan berjalan dengan lancar.

"Mak.. Arif yakin punya yang kalau Arif dibedah, mesti Arif akan selamat dan sihat. Sebab doktor dekat sini kan pakar dan mereka mesti akan mampu melakukan sehabis baik." kata-kata inilah yang Arif perkatakan kepada maknya.

Sudah hampir 1 jam Arif berada didalam bilik pembedahan. Doktor masih lagi tidak muncul-muncul untuk memberikan khabar berita tentang pembedahan tersebut adakah berjaya ataupun tidak. Sampaikan mak Arif tertidur diluar bilik pembedahan kerana terpaksa menunggu dengan begitu lama.

2 jam kemudian..............

Ayah Arif pun tiba di HUKM dan bergegas terus masuk ke dalam kawasan menunggu diluar bilik pembedahan anaknya. Ketika sampai, dia terus mengejutkan mak Arif yang sedang tidur diluar bilik berkenaan. Mungkin keletihan yang teramat sangat, mak Arif tidak mengendahkan bekas suaminya itu ketika mengejutnya. Ayah Arif pun tidak mahu mengganggu mak Arif lalu membiarkannya tidur dan hanya duduk disebelahnya sambil menunggu keputusan pembedahan.

"Ya Allah, apalah nasibku ini sebagai seorang ayah yang tidak mampu untuk menjaga isteri dan anak-anakku. Aku sedar aku hanya manusia yang tidak sempurna. Mungkin ini juga salah satu dugaan untuk aku selepas aku berpisah dengan bekas isteriku ini." berkata didalam hati ayah Arif yang sebenarnya kesal diatas apa yang berlaku. Walau dia tahu anaknya sakit bukan kerana maknya tetapi mungkin Allah telah tetapkan segala-galanya.

Terlalu banyak dugaan yang harus ditempuhi mereka berdua. Selepas satu perkara yang datang, datang lagi perkara yang lain yang lebih besar dugaanya. "Ya Allah, terlalu sakit dan perit dugaanmu ini. Aku tidak mampu Ya Allah, aku tidak sanggup, aku juga tidak mahu sesuatu perkara yang buruk berlaku ke atas anakku Arif. Kau berilah kesihatan kepadanya dan semoga pembedahan ini berjalan dengan lancarnya." mengeluh ayah Arif sambil melihat mak Arif yang sedang tidur.

1 jam seterusnya................









" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 12.




Setibanya di dalam wad, Arif terbangun dan hanya memandang jururawat yang menjaganya. Dalam keadaan yang sangat lemah, Arif tetap bangun dan mencari maknya yang ketika itu sedang berbincang dengan doktor di bilik doktor tersebut.

"Adik...adik..Jangan berjalan kesana kemari, adik masih belum betul-betul sihat." Marah jururawat yang menjaganya kerana Arif masih belum cukup kuat untuk bergerak.

"Adik nak cari mak adik, mana mak ye akak?" Menjawab dan bertanya kembali Arif kepada jururawat tersebut.

Jururawat yang menjaganya tidak mahu memberitahu Arif sebab mungkin akan mengganggu konsentrasi Arif bila dia tahu akan semua perbincangan maknya dengan doktor. Jadi jururawat tersebut memikirkan cara untuk melalaikan Arif supaya dia tidak mencari maknya. Mungkin juga membawa Arif menaiki kerusi roda dan melihat kawasan-kawasan yang cantik di dalam Hospital tersebut.

"Akak..nak bawa saya ke mana ni?" Tanya Arif kepada jururawat tersebut.

"Kita naik kerusi roda lepastu akak bawa adik jalan-jalan dalam Hospital ni. Nak tak?" Jawab jururawat tersebut dalam keadaan yang ceria supaya Arif mahu mengikut kata-katanya.

"Nak..nak..mesti banyak tempat yang cantik-cantik kan."

Mereka berdua pun bergerak melihat kawasan Hospital yang memang cantik, bersih dan luas itu. Arif hanya tersenyum sambil dan berasa sangat seronok kerana dia dapat melihat seluruh kawasan-kawasan yang ada didalam Hospital tersebut. "Macam-macam ada dekat sini kan akak. Ada kedai, taman permainan, perpustakaan dan banyak lagi. Adik rasa dah macam boleh jadi rumah kedua adik dah." Arif berkata sambil menunjukkan jarinya disetiap kawasan yang dilaluinya.

Perbualan antara mak Arif dan doktor yang merawat Arif semakin rancak berjalan. Tanpa diganggu oleh sesiapa pun, jadi mak Arif boleh membuat keputusan yang terbaik untuk anaknya Arif. Doktor yang memang sangat profesional itu memberi banyak motivasi dan kata-kata dorongan untuk mak Arif supaya mak Arif tidak merasa terbeban dengan apa yang berlaku dalam kehidupannya.

"Saya disini bukan untuk membebankan puan. Cuma saya sangat bersimpati dengan nasib anak puan. Mungkin juga kalau bukan kerana persitiwa yang puan ceritakan tadi, puan juga tidak akan tahu tentang penyakit yang dihidapi oleh anak puan ni." Kata doktor tersebut kepada mak Arif.

Mak Arif hanya mampu diam dan mendengar kata-kata yang diberikan oleh doktor tersebut. Mungkin baginya doktor tersebut juga lah yang akan membantu dia untuk membedah Arif nanti akan tetapi keputusan yang harus diberi oleh mak Arif untuk doktor  membedah anaknya belum lagi dibuat. Ketakutan mula kelihatan kerana mak Arif takut akan ada sesuatu yang terjadi pada anaknya ketika pembedahan tersebut dijalankan.

"Doktor..saya tidak mampu untuk membuat keputusan kerana takut akan ada sesuatu yang berlaku kepada anak saya nanti." Mak Arif berkata sambil mengalirkan airmata.

Doktor tersebut terus menggelengkan kepala lalu meminta mak Arif untuk bersabar kerana situasi ini lah yang selalu berlaku apabila mak atau ayah ingin membuat keputusan akan pembedahan anak-anak mereka. Doktor sendiri tidak sanggup sebenarnya untuk membedah mereka, tetapi inilah tanggungjawab kami supaya dapat menyelamatkan nyawa mereka.

"Puan harus bersabar, kerana kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak puan apabila pembedahan tersebut dijalankan." Doktor tersebut memberi kata-kata semangat kepada mak Arif supaya dia tidak bersedih lagi.

Arif dan jururawat yang menjaganya sudah pun tiba dibilik sakitnya semula. Seronok sangat bila melihat muka Arif yang seperti tidak sakit itu. "Andai dia ditakdirkan tiada, pasti mak Arif berbangga melahirkan dia kerana dia adalah seorang anak yang tabah." Berkata didalam hati jururawat tersebut.

"Akak..kenapa mak tak sampai-sampai lagi?" Kata Arif kepada jururawat itu.

"Ohhh, kejap lagi mak adik sampai lah tu. Mungkin dia pergi sembahyang kot." Jururawat tersebut menjawab.

Tidak lama kemudian, mak Arif pun sampai dan melihat anaknya sungguh gembira berada diatas katil sakitnya. Tersenyum lebar tanpa melihat sekeliling. Mungkin juga sedang berangan. Mak Arif pun duduk disebelah Arif lalu memandangnya.

Arif mula berkata kepada maknya, "Mak, mana mak pergi tadi. Akak tu kan, bawa Arif jalan-jalan dalam kawasan Hospital ni. Adik rasa seronok sangat. Ada kedai makan, perpustakaan, taman permainan dan banyak lagi. Nanti kita pergi lagi ye."

"Laaaa, mak pergi sembahyang tadi lepastu jumpa doktor yang merawat adik sekejap. Sebab doktor nak tahu perkembangan adik." Jawab mak Arif akan pertanyaan maknya.

Satu hari mereka tidak makan dan minum dengan sempurna, takut Arif sakit perut jadi maknya membawa Arif untuk makan dikedai makan yang berada ditingkat bawah sekali. Mak Arif menolak Arif yang menaiki kerusi roda terus ke kedai makan tersebut. Arif memesan untuk memakan Nasi Goreng Kampung manakala maknya pula memesan untuk memakan Mee Goreng Udang kesukaannya. Mereka mula menjamu selera dan saling suap menyuap.

20 minit kemudian......






" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 11.




"Wahh, sedapnya adik makan nasi lemak tu."

Berkata mak Arif kepada anaknya. Arif makan berseorangan dan langsung tidak mengendahkan maknya. Mungkin juga kerana nasi lemak yang dimakannya itu terlalu sedap dan mungkin juga nikmat yang tidak dapat dilepaskan kerana sudah lama juga Arif tidak memakan nasi lemak sama ada yang dibeli dari luar ataupun yang dimasak sendiri oleh maknya.

Selepas beberapa minit menghabiskan nasi lemak tersebut. Arif baru sahaja perasan yang seseorang telah memanggil namanya ketika dia sedang makan tadi lalu dia bertanya kepada maknya..

"Mak panggil adik ke tadi?"

"Yelah, mak yang panggil adik. Adik langsung tak dengar bila mak panggil." Jawab mak Arif.

"Laaaaa, Arif langsung tak dengar apa-apa lah mak. Mungkin Arif seronok sangat makan nasi lemak tu kot. Sedap sangat nasi lemak ni." Arif berkata kembali.

Mereka berdua pun terus berjalan ke satu tempat yang mereka sendiri tidak tahu tujuannya. Mungkin juga satu tempat yang membawa kedamaian seakan-akan itulah Syurga yang kekal nan abadi buat mereka berdua. Dalam menempuhi perjalanan untuk mencari tempat perlindungan, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.

"Adik...adikkk cepat lari dekat mak. Kita berteduh dekat rumah depan tu." Teriak mak Arif memanggil anaknya.

Habis lencun badan Arif dengan dibasahi air hujan. Terlintas difikiran mak Arif yang doktor pernah kata jangan sampai Arif terkena hujan sebab boleh membawa kepada sakit yang teruk nanti. Cepat-cepat mak Arif membuka tudungnya dan terus mengelap badan Arif sehingga kering. Sambil mengelap badan arif, mak arif berkata sesuatu didalam benak hatinya.

"Ya Allah, maafkan aku kerana tidak menjaga dia dengan baik. Aku tidak sengaja, tapi aku berjanji akan menjaga dia walau apa pun yang terjadi."

Mengalir kembali airmata mak Arif yang berasa sangat kesal kerana membawa anaknya berjalan-jalan ketika anaknya sedang sakit. Dia merasakan Arif perlu diberikan ubat supaya Arif tidak demam atau sakit. Akan tetapi, dimana nak mencari ubat dikawasan yang tidak ada penghuni tu. Fikiran mak Arif menjadi buntu, mungkin juga dia harus pergi dari tempat tersebut untuk mendapatkan ubat untuk anaknya.

"Mak, Arif rasa sejuk sangat lah."

"Sabar ye adik, mak sedang fikirkan jalan yang terbaik untuk kita keluar dari tempat ni. Lagi pula ketika hujan lebat macam ni." Jawab maknya.

Sedang maknya memikirkan sesuatu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang berbadan sasa dan sedang memegang tongkat. Lelaki tersebut memandang Arif dengan tenungan yang sangat lama. Mak Arif berasa takut dan tidak sedap badan kerana lelaki itu tampak seperti dukun yang sangat hebat.

"Anak awak ke?" Tanya lelaki tersebut kepada mak Arif.

"Ye, anak saya. Kenapa pakcik bertanya begitu." Jawab mak Arif yang memanggil lelaki tersebut dengan panggilan pakcik.

Lelaki tersebut mula mendekati Arif dan memberitahu mak Arif supaya duduk berdekatan dengannya. Lelaki tersebut terus memegang kepala Arif mungkin juga membacakan mantera yang entah apa-apa. Selepas itu, lelaki tersebut menghembus sesuatu di kepada Arif lalu memberitahu mak Arif.

"Ini sahaja yang mampu saya lakukan, jagalah anak awak baik-baik kerana dia tidak akan hidup lama."

Mak Arif terkejut dengan kata-kata lelaki itu lalu berlari terus untuk mendapatkan anaknya Arif. Dipeluk seerat-eratnya tubuh Arif dan menangis kerana tidak sanggup akan kehilangan anaknya itu. Kerana tidak tahan dengan kata-kata lelaki tersebut, mak Arif menjerit dan berkata..

"Jangan engkau merepek wahai pakcik tua. Dah tua lepastu tak sedar diri. Mana kau tahu anak aku tidak akan lama hidup didunia ni."

Terkilan dengan kata-kata mak Arif, lelaki tersebut pun pergi dan terus menghilangkan diri. Mak Arif masih tertanya-tanya, siapakah lelaki tersebut dan perlu ke dia berkata sebegitu sedang dia bukan tuhan. Ya Allah, siapakah yang engkau kirimkan itu. Adakah benar apa yang dia perkatakan, atau kau hanya mahu menakutkan aku. Engkau sendiri tahu, aku tidak sanggup akan kehilangan anakku. Aku yakin dan percaya engkau tidak mungkin akan mengambil dia dari aku kan.

"Adik, mari kita pergi dari sini. Mak tak mahu duduk ditempat yang menyeramkan ni." Kata mak Arif kepada anaknya.

"Mak...Arif rasa letih lah. Kita tidur disini sahaja lah untuk malam ini. Arif dah tak larat nak berjalan, kaki ni pun dah mula bengkak." Jawan Arif yang tidak mahu meninggalkan rumah tersebut.

Hari semakin lewat malam, mereka pun tiada pilihan lain selain tinggal didalam rumah tersebut untuk satu malam. Arif yang begitu letih sudah pun tidur. Maknya pula hanya termenung dan masih mengenangkan kata-kata lelaki itu. Apa yang harus dilakukan mak Arif supaya dia tidak mudah percaya dengan kata-kata lelaki itu. Tapi dari wajahnya yang gusar dan takut itu membuatkan dia merasakan ia akan benar-benar berlaku.

"Baik aku tidur, senang nanti aku tak fikir yang bukan-bukan." Mak Arif berkata didalam hati.

Keesokan harinya.......

"Puan....puan...kita sudah sampai di HUKM." Seorang jururawat mengejutkan mak Arif yang masih lagi tidur kerana mereka sudah sampai di HUKM.

Mak Arif pun bangun dan terus menonyoh matanya. MasyaAllah, aku mimpi rupanya. Tidak ada apa-apa yang berlaku pun sebenarnya. Arif pun masih lagi tidur, dan jururawat terus menolaknya untuk masuk ke dalam wad pesakit.






" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 10.




"Mak tak sanggup untuk membiayai kos pembedahan adik yang berjumlah RM5000 ringgit tu".

Mungkin mak Arif perlu mencari jalan untuk mendapatkan wang sebanyak itu secepat mungkin. Tanpa wang tersebut Arif tidak akan dibedah dan jika tidak dibedah kemungkinan besar Arif juga tidak akan dapat diselamatkan untuk hidup dalam jangka masa yang panjang. Tapi dimana mak Arif harus menagih simpati bagi mendapatkan bantuan wang ringgit tersebut  untuk pembedahan anaknya.

"Apa yang mak termenungkan tu?" kata Arif kepada maknya.

"Tidak ada apa-apa, mak hanya memikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang sebanyak RM5000 ringgit tu." jawab mak Arif.

Hari ini Arif perlu dipindahkan ke Hospitak Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Segala keperluan yang perlu disana nanti sudah disiapkan oleh maknya. Menunggu waktu dan terus menunggu dengan memikirkan keputusan pembedahan tersebut. Ayah dan abang yang masih belum sampai meluntur kan lagi semangat mak Arif untuk membuat keputusan. Arif hanya termenung di atas katil empuknya, kata Arif katilnya macam katil mewah. Maklum lah, dirumah dia hanya ditemani tilam lusuh yang hanya menunggu masa untuk jatuh menyembah bumi.

"Mak. Bila ayah dan abang nak sampai ni?" berkata Arif kepada maknya.

"Mungkin kejap lagi tu, rasa mak ayah beli sarapan untuk kita sekali." Jawab mak Arif.

Arif sangat suka bila maknya memberitahu bahawa ayahnya akan membeli sarapan pagi untuk mereka. Ini kerana Arif sendiri tidak suka untuk makan makanan yang disediakan oleh pihak Hospital. Katanya tak sedap dan hari-hari lauk yang sama sahaja. Kalau di Hospital mesti kena makan makanan yang biasa-biasa sahaja, tapi kalau di luar macam-macam si Arif ni boleh makan.

"Nanti jangan lupa cakap dengan ayah yang Arif nak ayah belikan Arif Milo ais tabur kesukaan Arif tu." Berkata Arif yang memang suka sangat minum air Milo ais tabur kalau ayahnya membawanya makan di restoran luar. Sudah lama juga dia tidak meminum minuman itu. Ayah dan maknya tidak duduk sebumbung jadi tidak ada sesiapa yang hendak membawanya makan di restoran yang mahal. Dengan kehidupan yang serba naif, apa pun membataskan setiap langkahnya.

"Puan, macam mana dengan keputusan untuk membawa anak puan ke HUKM?" Datang seorang doktor lalu bertanyakan mak Arif akan keputusannya untuk membawa Arif ke HUKM.

"Untuk itu, saya masih lagi belum membuat keputusan untuk membawanya ke sana. Untuk kos pembedahannya pula saya juga masih mencari dana dari pelbagai pihak dan memikirkan jalan yang terbaik untuk itu." Jawab mak Arif akan pertanyaan doktor tersebut.

Jam menunjukkan sudah pukul 10.30 pagi. Ayah dan abang Arif tidak sampai-sampai lagi, adakah mak Arif harus meninggalkan mereka dan terus pergi ke HUKM dengan dibawa oleh Ambulan dari pihak hospital. Takut pula nanti dimarahi oleh mereka kerana tidak memberitahunya terlebih dahulu. Doktor yang merawat Arif sudah nampak keletihan kerana hampir 1 jam juga menunggu mereka, sampaikan tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Mungkin sebab doktor itu sendiri juga menunggu jawapan dari ayah Arif yang belum lagi tiba itu.

"Puan..lama lagi ke saya perlu menunggu keputusan dari pihak puan?" Tanya doktor tersebut yang nampak seperti ada kerja yang harus dilakukan sebentar lagi.

"Maaf ye doktor, saya masih menunggu bekas suami saya. Pelik betul dia tidak sampai-sampai lagi dari tadi. Sudah 1 jam lebih saya menunggu kedatangan bekas suami saya tu." Mengeluh mak Arif yang kepenatan hanya kerana menunggu ayah Arif sampai.

Lalu mak Arif menelefon bekas suaminya itu dalam keadaan segera. Dengan berbekalkan kredit yang hanya tinggal 0.30 sen itu dia mendail nombor telefon bekas suaminya itu. Panggilan pertama tidak menampakkan sebarang respon dari mereka. Mak Arif terus menelefon dan berharap panggilan keduanya itu akan membuahkan hasil.

"Ringgggggggg...Ringggggggg...Ringgggggg..."

"Manalah ayah kau ni, kenapa dia tak angkat-angkat panggilan telefon dari mak. Sudah 2 kali mak telefon tapi masih tak berjawab." Mak Arif mengeluh dan berkata kepada Arif.

"Cuba mak telefon lagi sekali, mungkin ayah tak dengar kot sebab dia kan tengah beli sarapan untuk kita." Arif berkata kepada maknya sambil tersenyum kerana tak sabar nak tunggu air Milo ais tabur yang akan ayahnya bawa bila sampai nanti.

"Ting ting.......ting ting...."

Satu khidmat pesanan ringkas sms telah diterima oleh mak Arif dan ianya dari ayah Arif. Pelik sungguh, bila ditelefon tidak mahu diangkat tapi boleh pula menghantar sms. Keluh mak Arif yang marah juga dengan perangai bekas suaminya itu.

"Awak, maaf saya tak dapat datang sebab saya ada urusan lain.Nanti kalau ada sebarang maklumat awak beritahu saya ye." Khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh bekas suaminya itu pun betul-betul memberi tekanan kepadanya.

"Errrr!! Kalau lah ikutkan hati mak. Tak mahu mak tunggu ayah kau, menyusahkan sahaja." Mak Arif berkata dalam keadaan marah sambil memandang muka anaknya.

Arif sangat terkilan dengan ayahnya kerana dia tidak dapat lagi minum air Milo ais tabur kesukaannya itu. Raut wajah kebencian mula menampakkan yang dia betul-betul marah dengan ayahnya. Tiba-tiba dia menjerit dan menangis lalu mengatakan sesuatu dihadapan maknya.

"Arif benci ayah, Arif benci ayah."

Arif terus mendiamkan dirinya dan menangis kecil. Tanpa membuang masa lagi, mak Arif berjalan melangkah ke bilik doktor dan terus membuat keputusan yang baginya itu lah keputusan yang terbaik untuk anaknya walau dia masih berfikir akan kos pembedahan anaknya yang mahal itu.

"Tok!! Tok!! Tok!!" Mak Arif mengetuk pintu bilik doktor yang merawat Arif.

"Maaf mengganggu doktor, tapi saya datang ini untuk memberitahu tentang keputusan untuk membawa Arif ke HUKM tu. Saya mengizinkan pihak Hospital untuk membawa anak saya ke HUKM. Saya telah fikir masak-masak dan berharap anak saya akan cepat sembuh bila dirawat disana nanti. Tapi untuk jawapan pembedahan anak saya itu mungkin akan saya fikirkan disana.

Mereka pun dibawa ke HUKM dengan menaiki ambulan yang ditempah khas untuk mereka. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 2 jam itu membuatkan mereka berasa mengantuk lalu tertidur. Terbuailah mimpi kedua-duanya ketika sedang nyenyak tidur.




" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 9.




"Anak puan perlu menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)".

"Kenapa anak saya perlu dihantar sampai kesana doktor?" tanya mak Arif.

"Sebab kami disini tidak mempunyai doktor pakar bagi melaksanakan pembedahan untuk anak puan." jawab doktor tersebut.

Keadaan telah memaksa mak Arif untuk berterus terang kepada anaknya tentang hal ini.. Tapi bagaimana untuk memberitahu sedang anaknya sendiri tidak mengetahui akan penyakit Barah Otak yang dihidapinya. Apa yang harus aku lakukan Ya Allah. Semakin lama aku merahsiakan perkara ini semakin aku rasa tidak berdaya untuk melepaskannya.

"Jadi macam mana ye puan?" berkata doktor tersebut.

"Bukan kah HUKM itu Hospital Swasta doktor?" mak Arif bertanya semula kepada doktor tersebut.

"Ya, tapi di hospital ini memang betul-betul tidak mempunyai doktor pakar bagi pembedahan anak puan." jawab doktor tersebut lalu memberikan sepucuk surat dan katanya surat tersebut ialah surat tandatangan untuk rawatan pembedahan anaknya.

Mak Arif membuka surat tersebut dan membacanya. Membaca di awal ayat sudah memperlihatkan kesedihan yang tidak mampu untuk ditahan lagi. Hampir di pertengahan pembacaan, mak Arif terkejut dan terus melepaskan surat tersebut dari genggaman tangannya. Ya Allah, apakah engkau rasa aku mampu untuk menerima semua ini. Aku tidak mampu Ya Allah, sebanyak RM5.000 ringgit aku perlu cari untuk pembedahan anakku. Dimana aku ingin cari duit sebanyak itu Ya Allah.... Terdiam dan terkelu mak Arif lalu berlari dan memeluk anaknya. Doktor yang menunggu keputusan mak Arif pun berlalu pergi kerana merasakan mak Arif belum mampu untuk membuat keputusan.

"Mak...mak... kenapa mak menangis?" tanya Arif kepada maknya.

"Tak ada apa-apa lah adik, mak terharu sebab doktor kata adik dah boleh balik rumah esok." jawab mak Arif dan terus menangis tanpa menghiraukan Arif.

Mak Arif terus memeluk erat badan Arif dan berkata didalam hati "Ya Allah, untuk kali yang ketiga aku terpaksa menipu anakku. Kau berilah aku jalan untuk memberitahunya, aku dah tak sanggup untuk menyimpan rahsia ini."

"Mak..Arif nak minum air suam boleh tak?" Arif berkata kepada maknya.

"Mestilah boleh, doktor pun suruh adik minum air suam banyak-banyak kan." jawab mak Arif sambil mengelap mata yang sudah berair itu.

Mak Arif bangun dan mengambil air suam lalu diberikan kepada anaknya. Arif meminum minuman itu seolah-olah hari itu adalah hari terakhir untuknya. Hampir basah bajunya kerana terlalu laju meminum minuman tersebut. Sekejap sahaja air suam itu sudah habis.

"Adik, cuba minum perlahan-lahan. Habis basah dah baju tu." marah kecil mak Arif.

"Alaaaaa, nanti mak tukarlah baju Arif. Arif tak sukalah pakai baju hijau ni (baju hospital). Arif nak pakai baju yang mak belikan hari itu." jawab Arif dalam keadaan yang amat gembira.

Mak Arif sungguh pelik dan berfikir kenapa Arif kelihatan begitu gembira sekali. Apa yang membuatkan dirinya begitu gembira selepas meminum air suam yang di ambil oleh maknya. Arif berkelakuan seperti sudah sembuh. Tidak mungkin lah dia sudah sembuh sedangkan doktor kata dia perlu menjalani pembedahan.

"Mak..nak tahu sesuatu tak?" bertanya Arif kepada maknya.

Lalu maknya menjawab "tanyalah, mak mesti boleh jawab lah."

"Kalau Arif pergi esok mak seronok tak?" Arif kembali bertanya.

"Laaaa, mestilah boleh. Pergi balik rumah kan?" mak Arif menjawab dan bertanya semula.

"Bukan lah, Arif nak pergi ke satu tempat yang mak tak kan boleh nampak Arif. Tempat tu gelap tau mak, kadang-kadang Arif pun sendiri rasa takut." jawab lagi Arif.

"Apa yang adik merepek ni? marah mak Arif kepada anaknya.

"Yelah mak, Arif rasa macam ada sesuatu yang mak sembunyikan dari Arif." jawab si Arif.

Kenapa Arif boleh bertanyakan soalan yang sebegitu rupa. Mak Arif tidak dapat berkata-kata dan terus terkelu. Arif mula mendesak maknya untuk memberitahu apakah perkara sebenar yang di sembunyikan oleh maknya. Arif menarik-narik tangan maknya lalu menangis dihadapan maknya.

"Kalau mak tak mahu beritahu, Arif akan lari dari tempat ni bila mak tidur nanti!!" mendesak Arif kepada maknya.

Dalam keadaan terkelu, mak Arif merasa sungguh tertekan kerana Arif mendesaknya. Ya Allah, adakah ini jalan yang kau beri untuk aku supaya aku memberitahu anakku akan perkara yang sebenar. Adakah sekarang ini juga aku harus memberitahunya. Aku penat dan lelah dengan dugaan ini Ya Allah. Kenapa tidak ada cara lain yang engkau boleh beri kepada aku.

"Mak...tak nak beritahu ye?" Arif berkata lagi.

"Adik.... Mak sebenarnya terpaksa merahsiakan perkara ni. Tapi adik pula mendesak mak macam ni." berkata pula mak Arif.

Dalam keadaan yang betul-betul mendesak, mak Arif pun memberitahu hal yang sebenar kepada Arif. "Adik, sebenarnya doktor beritahu mak yang adik menghidap penyakit Barah Otak dan katanya juga adik perlu menjalani pembedahan di Hospitak dekat KL tu."

"Kan Arif dah agak, Arif mesti sedang sakit kan. Arif tahu kenapa mak tak mahu beritahu Arif. Sebab Arif ni dah banyak menyusahkan mak kan. Arif memang anak yang tak berguna pada mak, selalu sahaja sakit. Deman lah, batuk lah, dan sekarang lagi teruk sampai sakit Barah Otak." menangis Arif sambil memberitahu maknya.

Maafkan mak sayang, mak sudah tidak mampu untuk merahsiakan perkara ini. Mak tahu Arif mesti sedih tapi mak dapat lihat yang kata-kata Arif itu semuanya tipu. Arif memang anak yang kuat dan tabah. Cuma mak sahaja yang terlalu degil kan. Berkata mak Arif di dalam hatinya sambil menangis melihat anaknya yang sedang menangis.

"Adik... Kalau doktor nak buat pembedahan dekat kepala adik, adik setuju tak?" tanya mak Arif kepada anaknya.

"Mak...Kalau doktor kata ini jalan yang terbaik, Arif tak kesah. Lepas pembedahan nanti Arif mesti akan sihat kan. Arif dapat main layang-layang dekat rumah, dapat main dengan abang. Tapi nanti Arif malu sikit lah sebab mesti kepala Arif botak lepas pembedahan tu. hehehehe." jawab Arif dalam keadaan yang seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Cuma satu sahaja yang mak bimbang tentang pembedahan adik?" mak Arif terlepas cakap dihadapan anaknya.

Lalu Arif menyampuk "Kenapa dengan pembedahan Arif mak?".


" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 8.




"Doktor cakap dengan mak yang adik belum cukup sihat untuk balik rumah".

"Kenapa doktor cakap macam tu mak?" kata Arif kepada maknya.

Lalu maknya menjawab "Doktor cakap.......doktor cakap......badan adik masih panas dalam lagi."

Mak Arif terus mengalirkan airmatanya kerana terpaksa menipu anaknya untuk kali yang kedua. Tidak tahu bagaimana lagi untuk merahsiakan perkara ini. Jika Arif tahu dia menghidap penyakit Barah Otak, tentunya dia akan merasa sedih dan tidak mahu untuk tinggal di hospital lagi.

"Mak...mak...apa tu Barah Otak?" tanya Arif kepada maknya.

"Barah Otak tu penyakit yang ada ketumbuhan dekat kepala." jawab maknya.

"Ohhhhh!! Jadi adik ada ketumbuhan dekat kepala lah ye?" Arif bertanya lagi.

Mak Arif berasa terkejut dan pelik akan pertanyaan anaknya itu. Dalam hati yang telah berkata sesuatu. Adakah Arif tahu tentang penyakit yang menimpanya dan siapa pula yang memberitahu? Ya Allah, rahsiakanlah perkara ini dari pengetahuannya. Aku tak mahu dia bersedih di atas penyakit yang menimpanya. Aku tak sanggup melihat dia berdiam diri. Dia seorang anak yang baik dan suka menceriakan aku. Ya Allah, bantulah aku untuk merahsiakan perkara ini.

"Mak..jawablah pertanyaan Arif ni. Dekat kepala Arif ni ada ketumbuhan ke?" mengeluh sambil berkata kepada maknya.

Dengan suara yang agak tegas maknya menjawab "apa yang Arif merepek ni, jangan buat mak rasa susah hati lah. Mak kan dah kata, tak ada ketumbuhan dekat kepala adik tu. Adik hanya deman panas biasa je dan esok atau lusa dah boleh balik rumah."

Tiba-tiba Arif mengalirkan airmatanya. Dalam keadaan yang sedih Arif telah memalingkan mukanya dari memandang maknya. Entah kenapa keadaan yang sedikit gembira bertukar menjadi sedih. Suara tangisan Arif semakin kedengaran dan airmatanya hampir membasahi pipinya. Mata yang semakin kemerahan pula membuatkan maknya terasa hati lalu bertanya kepada anaknya.

"Adik, mak minta maaf. Mak telah meninggikan suara mak dekat Arif. Arif tak marah mak kan?"

"Arif nak mak tahu yang Arif sayang sangat dekat mak. Arif nak peluk cium mak, tapi mak marah Arif tadi." berkata Arif kepada maknya sambil menangis.

Menitik airmata kesedihan diantara keduanya. Mak Arif seperti hilang upaya untuk memujuk anaknya yang sedang sedih itu. Apa lagi yang harus aku buat Ya Allah untuk memberitahunya. Aku tidak sanggup menatap mukanya yang sedang sedih itu. Matanya seakan-akan mahu memberitahuku sesuatu yang amat dalam ertinya. Aku semakin lemah untuk bertutur kata Ya Allah.

"Mak..boleh tak Arif nak cium pipi mak?" tanya Arif kepada maknya.

"Adik, mak sayang adik sangat-sangat. Allah sahaja yang tahu erti kasih seorang ibu kepada anaknya." jawab mak Arif.

Saling berpelukan Arif dan maknya sambil ditemani kesedihan yang mungkin berkahirnya disitu. Airmata Arif hampir juga membasahi pipi maknya. Arif mencium pipi maknya tanpa melepaskan bibirnya walau sesaat pun. Mak Arif yang terlalu sedih hanya mampu untuk berdiam diri dan berfikir mungkin itu adalah ciuman yang terakhir dari anaknya.

"Adik, mak ingin adik tahu yang mak sayang sangat dekat adik. Mak nak adik tahu juga bahawa, adik tidak mampu untuk bertahan lebih lama ketika menghidap penyakit ni" berkata maknya di dalam hati.

Lantas Arif berkata dengan nada yang gembira kepada maknya.....

"Mak...nantikan Arif nak balik lepastu nak makan banyak-banyak. Arif nak main layang-layang dengan abang walaupun kita orang selalu gaduh-gaduh. Mesti mak akan layan Arif macam raja kan. Arif nak tidur dengan mak setiap malam, nak peluk erat tubuh mak. Arif tak mahu lepaskan tangan mak walau sesaat pun dekat rumah tu. Mesti nanti abang cemburu dengan adik, hehe. Padan muka abang."

Seronok melihat Arif begitu gembira kerana tiada lagi kesedihan yang dilihat diwajahnya. Tetapi mak Arif mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk memberitahu anaknya tentang penyakit tersebut. Apakah Arif akan menerima dengan hati? Engkau sahaja yang tahu Ya Allah, kerana setiap yang engkau berikan itu ada dugaan serta ada hikmahnya. Walau aku tidak terdaya, tapi aku harus meneruskan hidup ini.

"Tok!! tok!! tok!!"

Pintu bilik di ketuk oleh seseorang. Mak Arif mengelap airmatanya dan bertenang lalu berjalan untuk membuka pintu. Setiap langkah kakinya disertakan dengan doa dan berharap semoga tidak ada lagi berita yang tidak menyenangkan tentang anaknya. Mungkin juga doktor yang mengetuk pintu itu.

Pintu dibuka..........

"Assalamualaikum puan?" seorang doktor memberi salam.

"Waalaikumussalam. Ohhh!! Doktor rupanya, ingat siapa tadi." jawab mak Arif dalam keadaan tenang.

"Kedatangan saya ni bukan lah untuk mengganggu masa rehat puan. Tapi saya ada satu berita yang sangat penting yang perlu puan tahu." berkata-kata doktor tersebut.

"Berita apa ye. Yang baik atau yang kurang baik?" mak Arif bertanya.

Doktor tersebut menjawab "Harap puan akan terima seadanya dengan berita ini. Kami telah periksa sekali lagi X-RAY yang lepas dan ternyata anak puan memang menghidap penyakit Barah Otak tu dan pada X-RAY yang kami tengok ketumbuhan itu boleh di katakan besar juga. Anak puan harus menjalani pembedahan secepat mungkin."

"Tapi........................,"

" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 7.




"Puan, sebenarnya saya tidak sanggup untuk berkatakan tentang hal ini. Tetapi sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai doktor untuk memeriksa dan memberitahu hal yang sebenarnya". Jawab mak Arif dengan keadaan yang tenang. "Jadi, apakah keputusannya doktor. Berita baik atau tidak?". Doktor tersebut pula memberitahu "Maaf saya katakan, anak puan mungkin mengalami ketumbuhan di kepala. Mungkin juga dia menghidap Barah Otak atau dengan kata lain dipanggil Brain Cancer".

Kehampaan dan kesedihan telah terpampar pada wajah mak Arif. Berkata di dalam hati "adakah ini perasaan yang aku rasa Ya Allah, adakah ini jawapan yang sebenar-benarnya Ya Allah, adakah ini permulaan dugaan bagi aku Ya Allah". Kenapa dia pilihan engkau Ya Allah, kenapa..kenapa.kenapa? "Awak, kita serahkan semuanya pada takdir sahaja" berkata ayah Arif kepada maknya. Keadaan yang bising menjadi suram, kegembiraan bertukar kesedihan. Mak Arif seolah-olah tidak mampu untuk berkata-kata. Termenung memikirkan apakah yang akan berlaku seterusnya.

"Maaf puan, cuma satu yang saya bimbang!!" berkata doktor tersebut.

"Kenapa doktor?" jawab mak Arif. "Anak puan masih tidak sedarkan diri dan kami sendiri tidak tahu bilakah anak puan akan sedar" berkata kembali doktor tersebut. Tiba-tiba menitik airmata mak Arif yang dari permulaannya ditahan tetapi akhirnya tumpas lalu terkena tangannya sendiri. "Tidak mengapalah doktor, saya redha" menjawab mak Arif dalam keadaan yang sayu. Si ayah terus menyampuk "doktor, kami keluar dahulu ya, selepas semuanya kembali pulih kami akan kembali lagi". Si ayah menarik tangan mak Arif lalu dibawa keluar dari bilik X-RAY tersebut bersama abang Arif.

Bluppp..bluppp..

Mak Arif jatuh pengsan di luar bilik X-RAY. "Awak...awak...bangun, macam mana lah boleh pengsan ni. Terlalu banyak sangat berfikir dia ni" berkata si ayah ketika ingin menyedarkan mak Arif. "Abang tolong belikan air mineral dekat kedai bawah" si ayah menyuruh abang Arif. "Lepas satu masalah, ada sahaja masalah lain yang timbul" mengeluh si ayah lagi.

"Ayah, nah ni air mineral yang ayah suruh beli tadi" abang Arif memberi air mineral yang disuruh beli oleh ayahnya.Lalu ayahnya berkata "Terima kasih bang. Kamu tolong ayah telefon nenek dan yang lain untuk cakap tentang hal hari ini".  Dalam keadaan yang agak kelam kabut, si ayah terus memanggil sekali mak Arif yang sedang pengsan sehingga sedar dan memberi air mineral tersebut. Setelah 20 minit berlalu, mak Arif pun sedar dan sedikit lega. "Kenapa dengan saya tadi bang?" bertanya mak Arif kepada bekas suaminya itu. "Awak tu, tiba-tiba je pengsan depan bilik X-RAY selepas dapat tahu keputusan tentang Arif tadi" jawab ayahnya. Janganlah terlalu banyak berfikir, kalau awak sakit nanti siapa yang nak jaga Arif di hospital ni. Saya memang susah sebab banyak kerja yang hendak dibuat. Jaga diri tu ye, jangan lupa untuk makan.

"Puan...puan....puan....Arif sudah sedar" teriak seorang doktor memanggil mak Arif.

"Abang...Arif dah sedar. Terima kasih Ya Allah, kerana engkau telah menyedarkan Arif" sambil menangis mak Arif menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat illahi kerana telah menyedarkan anaknya. Berlari-lari anak si ayah dan maknya untuk melihat Arif di bilik sakit. Raut wajah kegembiraan terpampar dimuka si ayah dan maknya. Ketika itu, tidak ada lagi wajah-wajah kesedihan yang dilihat. Keseronokan mula dirasai seisi keluarga.

"Adik...adik...ni mak sayang. Alhamdulillah adik dah sedar" kata mak Arif sambil menangis. "Mak...mak..kenapa adik berada di hospital ni?" bertanya Arif kepada maknya. Lalu maknya menjawab "Sebenarnya panjang ceritanya, tapi nanti mak beritahu ye. Adik baru je sedar, tak boleh fikir yang bukan-bukan lagi". Mak berjanji pada adik yang mak akan cerita semuanya, sekarang adik kene rehat dahulu ye. Sambil kepelikan, Arif memandang kesemua tetamu yang berada di dalam bilik sakit tersebut. Dia seperti mengetahui sesuatu yang menimpanya tapi seakan-akan tidak peduli dan hanya mengendahkannya. "Mak...mak... adik ada perasan sebelum adik sedar tadi. Adik dengar mak cakap yang adik ada Barah Otak, apa benda tu mak?" bertanya Arif kepada maknya.

"Ohhh!! itu sakit biasa sahaja, macam demam-demam panas lah" jawab mak Arif. Lantas di dalam hati seraya berkata "maafkan mak adik, mak terpaksa menipu adik. Mak tahu adik mesti tak sabar nak balik rumah kan". Dengan nada perlahan Arif berkata kepada maknya "Mak..mak...adik nak balik, adik tak sabar nak sekolah ni. Mesti lama kan adik tak bersekolah". Mak Arif pun menjawab "ye, mak tahu Arif mesti tak sabar nak balik kan. Arif nak mak masak apa bila balik nanti?". "Arif nak makan semua masakan mak, yang paling penting sekali Arif teringin nak makan Nasi Putih dengan Telur Goreng yang hari-hari kita selalu makan tu" Arif menjawab pertanyaan maknya.

Dengan nada yang sayu, mak Arif berkata "mak tahu apa yang Arif suka, Arif kan anak mak yang paling manja. Arif yang banyak tolong mak dekat rumah bila abang pergi sekolah. Tapi.................".


" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 6.

Kring!! Kring!!

Berbunyi nada dering yang agak kuat dari telefon bimbit ayah. Lalu diangkatnya dengan agak pantas. "Abang...abang...anak awak sedar dan meronta-ronta dihospital ni." tanya mak Arif dengan agak ketakutan. "Meronta yang macam mana" bertanya kembali si ayah. Lalu mak Arif menjawab "saya pun tak tahu, habis doktor ikat dia atas katil tu tapi dia tendang doktor sampai terjatuh dan dia menjerit lalu tidak sedarkan diri". Ok, kejap lagi saya datang sana. Awak tunggu sampai saya datang dan suruh doktor buat sesuatu.

"Maaf puan, saya terpaksa beri ubat penenang pada Arif. Kalau tidak dia akan lebih ganas lagi" berkata doktor kepada mak Arif. Lalu mak arif menjawab "Baiklah!! kalau itu sahaja jalan terakhirnya". Kenapalah ini berlaku kepada anakku Ya Allah!!, apakah salah si anak kecil ini. Adakah dia pilihanmu untuk tidak lagi hidup didunia ini. Aku mohon Ya Allah semoga dia dikembalikan kepadaku, hanya dialah satu-satunya penemanku tatkala abang dan adiknya bersekolah nanti. Aku tidak punya suami, aku tidak punya harta lain selain anak-anak ini. Bantu lah aku Ya Allah kerana aku tidak sanggup menempuhi semua ini. Rintihan demi rintihan kesedihan hanya mampu disimpan didalam hatinya. Mungkin ini adalah dugaan baginya.

"Adik, maafkan mak. Mak hanya mampu melihat kamu berdiam diri, bangun lah adik. Mak nak lihat adik sedar dan kita boleh balik nanti" merintih lagi si ibu. Kemudian mak arif bertanya kepada doktor "apa lagi yang doktor boleh buat untuk pulihkan anak saya?". Doktor tersebut menjawab "sebenarnya kami tidak pasti dengan penyakit anak puan ni. Itu mungkin sebab kami belum periksa sepenuhnya keadaan anak puan". Mungkin juga anak puan akan di X-RAY bagi mengetahui apa puncanya. Saya berharap puan akan bersabar dengan keadaan ini. "Terima kasih doktor, saya hanya berharap dia akan sedar dan pulih sepenuhnya.

"Assalamualaikum?" datang si ayah lalu memberi salam.

"Waalaikumussalam" jawab kesemua yang berada di dalam bilik sakit tersebut. "Macam mana keadaan Arif?" bertanya lagi si ayah. "Doktor bagi Arif ubat penenang supaya dia tidak meronta-ronta lagi" jawab mak Arif. Dalam keadaan yang kurang yakin, mak Arif duduk di atas kerusi lalu bertanya kembali kepada ayah Arif. "Satu yang saya sangat pelik masa Arif meronta-ronta, suara dia bertukar seperti bukan dia yang bercakap. Lepastu dia cakap yang Arif ambil makanan dia, Arif ni jahat lah apa lah". Terus meyampuk si ayah "ohhh, sebenarnya saya tadi pergi cari dukun dekat kampung sebelah tu dan dukun tu ubatkan Arif dari jauh". Dukun tu cucuk paku di ibu jari kaki saya dan katanya mungkin akan berlaku sesuatu pada Arif kerana mungkin Arif telah disampuk. Rupa-rupanya memang betul.

Dukun tu ada cakap yang si Arif ni ada terpijak makanan syaitan masa di sekolah. Mak Arif pun berkata "Ohhh, patutlah bila saya tanya dia nak makan masa hari tu lepastu dia jawab dia dah kenyang dan mungkin juga dua orang tua yang dia nampak tu adalah makhluk halus". Tapi kan bang, kenapa dia sampai tak sedarkan diri? Lepastu doktor sampai nak X-RAY dia. Mungkin ada sebab lain yang kita pun sendiri tak pernah tahu. Sergah si ayah "ish awak ni, jangan fikir bukan-bukan boleh tak? Tak ada apa-apa yang berlaku kalau kita fikirkan yang baik-baik je".

Mak Arif menjawab "Yelah, kita tunggu sahaja selepas doktor X-RAY Arif esok. Berita yang baik kita bersyukur, yang kurang baik kita berserah sahaja". Sambil tangannya memegang tangan Arif, airmata kesedihan mula mengalir. "Apalah nasibku selepas bercerai dengan suami, anak pula ditimpa musibah" keluh mak Arif sambil menatap mata Arif. "Ok lah, saya balik dulu. Nanti kalau ada apa-apa telefon sahaja saya" berkata si ayah. Malam makin gelap dan waktu makin kehadapan. Hari esok menjadi penentu segala-galanya. Ayah Arif pun sudah pulang, dan masih termenung lagi maknya yang masih terfikir apakah keputusan pada hari esok. Adakah berita yang baik atau sebaliknya.

Tepat jam 8.00 pagi, mak Arif terjaga dari tidurnya lalu dia membersihkan diri. Bersiap-siap dan hanya menunggu doktor untuk membawa Arif ke bilik X-RAY. Setelah menunggu selama setengah jam, doktor pun tiba dan membawa Arif ke bilik X-RAY. "Maaf ye, puan kene tunggu diluar sehingga pemeriksaan ini selesai" berkata doktor tersebut kepada mak Arif. Mak Arif pun menunggu diluar bilik X-RAY dan hanya mampu untuk berdoa serta berharap supaya tidak ada apa-apa pun yang berlaku kepada anaknya Arif. Sambil menunggu di luar, mak Arif menelefon ayah Arif dan memintanya untuk datang ke hospital kerana keputusan X-RAY anaknya akan diketahui tidak lama lagi.

15 minit kemudian, ayah Arif bersama abangnya pun tiba untuk mengetahui keputusan X-RAY anaknya. Berkata maknya di dalam hati "Ya Allah, tidak ada yang mampu melawan takdirmu melainkan engkau pemberi takdir".

1 jam kemudian.........

Doktor pun keluar dari bilik X-RAY lalu memberitahu kepada mak Arif..........

" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 5.

Adik tidak lagi mampu untuk membuka mata kerana mungkin keletihan. Doktor sudah sedaya upaya untuk membuat sesuatu tetapi ternyata ia tidak mendatangan hasil. "Adikkkkkk...adik nampak mak tak, adik dengar mak cakap tak. Adikkkkk...adikkkk.." bertanya mak arif kepada anaknya yang hampir tidak dapat menahan kesedihan di atas apa yang berlaku. Tidak ada sesiapa pun yang mampu untuk menenangkannya. Hanya doa yang mampu dihulur semoga umur arif dipanjangkan.

"Mak!! kenapa dengan adik, kenapa adik tak mahu bangun?" tanya abang kepada maknya. "Doktor cakap, adik kau mungkin akan koma untuk jangka masa yang lama. Kau doakan sahaja lah untuk adik kau." jawab mak arif akan pertanyaan abangnya. "Kenapa semua ni berlaku pada adik, kenapa?" meronta-ronta si abang hingga tidak mampu untuk menyimpan perasaan sedihnya. Lalu mak arif menjawab "Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni bang, apa yang mak harapkan semoga adik cepat sembuh". Abang tolong telefon ayah cakap dengan dia adik arif dekat hospital sedang koma. Lepastu abang kena tunggu diluar ya, sebab sepatutnya abang tak boleh duduk dalam bilik ni. Hanya mak seorang sahaja yang boleh.

Bum...bum...

Pintu bilik ditutup dengan sekuat hati dan berlalu pergi si abang untuk duduk diluar bilik. "BENCI !! BENCI !! BENCI !!" teriak si abang yang sebenarnya tidak sanggup untuk melihat keadaan adiknya. Mak arif hanya dapat melihat anaknya yang hanya menutup mata dan tidak mampu berkata sepatah pun. Selama ini arif lah yang paling manja dan suka membuat bising dirumah. Kini dia hanya mampu terbaring di atas katil dengan membayangi mimpi hitam yang mungkin mimpi terakhir baginya.

"Assalamualaikum?" bertanya seorang lelaki kepada mak arif.

"Waalaikumussalam, oh abang rupanya" jawab mak arif. "Macam mana keadaan arif setakat ni" tanya lagi ayah Arif kepada maknya. "Macam itu lah keadaannya, masih koma dan terbaring dekat atas katil. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana dah. Arif tak pernah sakit dan pernah nampak pelik sebelum ni. Habis dia meronta-ronta dekat rumah sebelum saya bawa ke hospital dengan suami Kak Ana. "Arif ada buat benda yang bukan-bukan ke?" tanya si ayah lagi. "Rasanya tak ada, sebab tadi pagi dia ikut saya pergi sekolah untuk daftar prasekolah si Aiman. Abangnya pun ikut sekali, saya pinjam motor jiran sebelah. Arif sentiasa dengan abangnya waktu dekat sekolah. Cuma.......

"Cuma apa?" dengan nada tegas ayah Arif bertanya.

Lalu mak arif menjawab "cuma masa dekat sekolah tadi, dia ada cakap yang dia selalu nampak orang tua. Saya pun tak pasti siapa orang tua tu dan sebelum saya terlupa dia ada cakap juga orang tua itu pasangan suami isteri dan kerdil orangnya". "Macam tu pula, pelik saya dengar" hairan si ayah yang mendengar kata-kata bekas isterinya itu. Awak tolong lah saya, pergi cari orang untuk ubat kampung ke atau apa-apa sekalipun. Lagi satu nanti awak tolong bawa abang arif tu balik sebab esok dia akan bersekolah. Suruh dia jaga diri baik-baik dan tolong kemas rumah apa yang patut. "Kain baju awak macam mana?" bekas suaminya bertanya. "Oh ya, awak tolong lah ambil baju kurung saya dekat dalam almari. Ambillah dalam dua atau tiga pasang ke, lepastu barang-barang make up saya dalam laci." jawab mak Arif.

"Ok, nanti malam saya datang bawa barang-barang awak" berkata si ayah lagi. Saya akan cuba untuk ikhtiar cari jalan untuk si Arif, awak jangan risau ya. Saya balik dulu, jangan lupa makan dan sentiasa berdoa untuk Arif semoga cepat sedar. Ayah Arif dan abangnya pun pulang ke rumah. "Kamu nak bersekolah esok atau nak tidur rumah ayah. Ayah esok akan melawat lagi Arif" kata ayah kepada abang Arif. "Abang mestilah nak ikut, mana tahu esok adik akan sedar" jawab abangnya. Baiklah, kita balik dan ambil pakaian mak kamu dan terus pergi rumah ayah. Nanti malam ayah nak pergi kampung sebelah untuk cari dukun, mak suruh ayah cari ubat traditional untuk adik.

Malam sudah tiba dan abang Arif masih tidak mampu untuk tidur kerana mungkin teringatkan adik kesayangannya yang masih terlantar dihospital. Ayahnya baru sahaja pergi ke kampung sebelah mencari dukun bagi mengubati adik Arif dari jauh. Sudah lama ayah pergi tapi tidak pulang ke rumah lagi. Risau si abang yang sebenarnya mahu ikut ayahnya untuk mencari dukun di kampung sebelah.

Tiba-tiba.......

" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 4.

"MasyaAllah!! kenapa dengan adik arif tu" teriak mak ketakutan melihat adik yang mula kejang dan kepalanya yang berpusing ke kiri hampir tidak mahu memusingkan ke tempat lain. "Abang pun tak tahu, mak cepatlah...abang dah takut ni tengok adik." kata abang yang hanya mampu melihat adiknya.

"pahhhhhh....pahhhh...." panggil mak akan jiran sebelahnya.

Tolong aku ni, anak aku dah kejang-kejang tu. Ya robbi, aku dah tak tahu nak buat apa ni, kau tolong lah aku pah. "Kejang macam mana tu?" tanya pah jirannya itu. "Entah, dia pusing kan kepalanya sampai tak mahu toleh dan mula nak kancing gigi" jawab maknya. "MasyaAllah, akak pergi ambil senduk lepastu letak dekat mulut dia supaya dia tak kancing gigi. Nanti dia akan gigit lidah sampai putus!! Cepat akak pergi sebelum apa-apa yang buruk berlaku, kejap lagi saya datang" kata jirannya sambil ketakutan.

Mak arif berlari masuk ke dapur dan mengambil senduk untuk diletakkan ke dalam mulut arif. "Abang ketepi dulu, biar mak yang uruskan adik" mak berkata kepada abangnya. Abang cuma tolong panggilkan Cik Ana cakap yang adik sakit. Minta tolong dia bawa suami dia sekali. Kalau boleh jangan lambat sebab adik ni mungkin nak kena hantar ke hospital.

Adik!! Adik!! Adik!!

Adik kenapa ni, jangan buat mak risau lah. Abah adik dah lah tak ada, mak pula kenderaan pun tak ada. Nak susah kan orang, jiran-jiran adik semua kerja. Adik jangan buat mak takut, mak tak mahu tengok adik sakit. Adik tolonglah cakap adik ok. "Adik dengar mak cakap tak?" berkata lagi mak kepada arif sambil melihat arif yang masih kekejangan. Jirannya datang sambil berkata "Akak, macam mana dengan arif?". Kau tengok lah sendiri dia tengah kejang-kejang ni. "Biar saya panggil kan suami Kak Ana. Nak kena bawa ke hospital ni" kata jirannya Pah yang semakin gelisah melihat kekejangan arif.

"Assalamualaikum?" Kak Ana dan suaminya datang dan memberi salam.

Waalaikumussalam. "Kenapa dengan anak kamu arif tu?" Kak Ana bertanya. Lalu maknya menjawab "saya pun tak tahu kenapa dengan anak saya ni, mula-mula dia hanya pandang-pandang di atap dan katanya ada orang dekat atas tu. Lama-kelamaan dia terus kejang lepastu kancing gigi". Saya pun makin pening dan tertanya-tanya kenapa boleh jadi macam ni. Sambil mengalirkan airmata kesedihan melihat keadaan anaknya. "Bila mula nampak lain ni?" tanya Kak Ana kepada maknya. Masa di sekolah dah nampak macam ada yang tak kena dengan si arif ni. Arif selalu cakap yang dia selalu nampak orang tua dekat sekolah tu, saya sendiri tidak pasti siapa. Bila ditanya di hanya menjawab dia kenal sangat dengan orang tua tu.

"Rasanya dia kena SANTAU !!" menyampuk seorang makcik yang baru sahaja tiba. "Kenapa makcik cakap begitu?" sampuk kembali mak arif. Jawab makcik tersebut dengan pantas "sebab makcik nampak apa yang berada dekat atas atap rumah kamu ni!!". Kamu pergi ambil air putih dan makcik akan bacakan untuk bagi kepada anak kamu ni. Sambil mak arif mengambil air didapur, makcik tersebut pun duduk disebelah arif. "Nah makcik airnya" kata mak arif lalu memberi air putih kepada makcik tadi.

Bismillah hirrahman nirrahim.... Alhamdulillah hirobbil alamin.................................... "makcik tadi membaca Al-Fatihah sehingga habis lalu memberikan air putih tersebut kepada arif.

Arif meminum minuman tersebut tetapi tidak ada sebarang perubahan yang berlaku. Lagi meronta-ronta si arif seperti sedang histeria. "Akak, biar saya bawa arif ke hospital" suami Kak Ana mempelawa mak arif. "Baiklah!! saya ikut awak. Takut nanti terjadi apa-apa dengan anak saya" jawab mak arif. Dengan keadaan yang tergesa-gesa, kami mengangkat arif dan memasukkanya kedalam kereta lalu dibawa ke hospital. Ketika di dalam kereta tiada apa lagi yang dapat diperkatakan oleh mak arif selain hanya menangis memohon kepada yang Esa untuk memulihkan anaknya. "Akak jangan bersedih, nanti saya terlalu gelisah ketika membawa kereta ni" berkata suami Kak Ana kepada mak arif. Kita berserah sahaja kepada Allah S.W.T kerana ini semua datangnya daripada dia. "Baiklah, saya cuma takut apa-apa terjadi pada anak saya ni." jawab mak arif.

Setibanya di hospital.............

" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 3.

"Tuuuuuuu...tuuuuu...tuuuuu". Abang tak nampak ke? "Aiman nampak tak apa yang abang arif nampak?" tanya abang kepada adiknya yang paling kecil. "Adik tak nampak apa-apa pun kat atas tu" lantas adiknya menjawab. "tuuuuuuu...tuuuuuu..tuuuuu" teriak si adik dengan muka yang agak takut.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu yang agak kuat. Lantas abangnya membuka pintu dan rupa-rupanya maknya sudah pulang dari membeli makanan di warung pak abu. "Terkejut abang, ingat siapa tadi" kata abang lepas membuka pintu rumahnya. "Kenapa adik kau arif tu duduk dekat atas kerusi je?" bertanya mak kepada abangnya. Lalu abangnya menjawab "Entah adik tu, dia cakap ada sesuatu dekat atas atap rumah kita ni. Pelik abang dibuatnya". Bila tanya siapa yang ada dekat atas tu, adik cuma jawab "tuuuu..tuuuuuu..tuuuuuu".

"Kenapa anak mak ni?" tanya mak kepada arif. Adik tak sihat ke? Adik nak makan tak, mak dah belikan nasi goreng sama macam abang ni. "tuuuuuuu....tuuuuuu...tuuuu" jawapan yang sama diberikan oleh arif. Makan lah sikit nak, nanti sakit perut sebab masuk angin. "Mak.....mak... adik nak muntah lah" arif menyampuk kata-kata maknya. Dengan kelam-kabut maknya pun mengambil satu baldi kecil dan diberikan kepada arif supaya senang dia muntah ke dalam baldi kecil itu sahaja.

Bluekkkk!! Bluekkkkk!!

Si adik mula muntah tetapi hanya muntah angin. Tidak ada sisa-sisa makanan yang dia keluarkan hanya air liur yang diludahkan ke dalam baldi tersebut. "mak...mak...tuuuu...tuuuu..dia makin dekat" kata arif kepada maknya sambil dia memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri seperti melihat sesuatu yang pelik di atas atap rumah. "Bluekkkk!! bluekkkkkk!!" muntah si adik lagi dengan memuntahkan sehelai rambut dan sedikit air liurnya.

"Mak...mak...ada rambutlah dekat dalam baldi adik tu" kata abang kepada maknya. Lalu maknya menjawab "Itu mungkin rambut adik tu atau mungkin rambut dari mana-mana yang terjatuh dalam baldi tu". Abang pergi makan dulu, biar mak yang uruskan adik ni. Ajak adik kau aiman tu sekali makan. Aiman dan abangnya pun pergi ke dapur untuk makan. Sambil maknya membuka television dan menyuruh arif untuk menonton tv sahaja. "Adik jangan tengok bende tu lagi, adik tengok je tv tu ye" kata mak kepada arif. Dia pun menonton tv sambil kepalanya yang masih berpusing ke kiri dan ke kanan.

Bluekkkk!! Bluekkkkkk!!

Si adik yang masih muntah tetapi hanya muntah angin. Air liurnya yang banyak didalam baldi tersebut. Dalam keadaan yang tidak senang hati. Maknya pun mencari jalan untuk menyelesaikan masalah anaknya yang dirasakan sangat pelik sedangkan tiada sesiapa di atas atap rumahnya. Sudah hampir 1 jam si adik memuntahkan air liurnya ke dalam baldi yang diberikan oleh maknya. Tiba tiba.....

"Mak......mak......mak...tengok adik" abangnya menjerit memanggil maknya.........

" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 2.

Jangan nak merepek lah adik!! Mana ada sesiapa yang berdiri di depan kita ni. Yelah bang, adik kenal sangat dengan orang tua tu. "Dah....dah...jangan yang pelik-pelik. Jom kita pergi dekat mak, entah-entah dah lama mak tunggu dekat dewan tu." kata si abang yang sangat hairan dengan adiknya.

Setibanya di dewan. "Lamanya kau teman adik pergi tandas" kata mak kepada abangnya. Entah adik ni, katanya sakit perut tu yang lama menunggu. Siap boleh merepek lagi, dia cakap kenal orang tua itu lah ini lah. Abang yang jadi hairan sebab kat depan kita orang tak ada pun orang tua. "Ada lah, adik nampak tadi dan adik kenal sangat dengan orang tua tu" menyampuk si adik dengan kata-kata abangnya. Cukuplah tu, ceramah ni pun dah nak habis. Kejap lagi kita pergi makan dekat kantin sekolah tu, mesti anak-anak mak dah lapar.

15 minit berlalu........

"Ok, ceramah dah habis, jom kita pergi makan" kata mak kepada anak-anaknya. Dalam perjalanan menuju ke kantin sekolah, adiknya berkata "Mak...mak...tulah lelaki tua tadi, adik kenal dengan dia". Arif anak mak, mana ada sesiapa dekat depan kita ni. Jangan cakap yang bukan-bukan lagi ya. Tidak lama kemudian, tiba lah sudah di kantin sekolah. "Adik dan abang nak makan apa?" kata mak kepada semua anaknya. Arif menjawab "Abang tak mahu makan sebab dah masuk angin dah perut ni, nanti kita beli dekat luar jelah" kata abang kepada maknya. Arif pula berkata "Adik tak mahu makan juga, adik dah kenyang sebab tadi dah makan". Si abang terus terkejut dan terpaku kerana sejak bila adiknya ada makan dan minum. Hairannya abang, bila masa adik makan tadi? Yelah, masa perjalanan pergi tandas tadi adik ada jumpa makanan adik makan lah.

"Mak!! Apa yang adik merepek ni?" menjerit abang kepada maknya. Nanti kita cerita dekat rumah ya, sekarang jom kita balik dulu. Nanti nak singgah beli makanan lagi dekat warung pak abu tu. "Yelah...yelah....." jawab abang dengan nada perlahan.

5 minit kemudian...

Abang ambil kunci ni lepastu tolong buka pintu rumah, mak nak pergi beli makanan. Abang nak makan apa? Belikan abang nasi gorang kampung jelah. Tanya adik tu dia nak makan apa? "Adik, mak tanya nak makan apa?" kata abang kepada adiknya. "Beli jelah apa-apa asalkan sedap" jawab adiknya. Ok, adik cakap belikan apa-apa je janji sedap. Mak pergi beli dulu ya, jaga adik kau tu baik-baik. "Baik mak" sahut abangnya. Si abang pun masuk dan menutup pintu rumah. Ketika berada di dalam rumah, si adik yang berperangai pelik dengan sentiasa memandang ke atap rumah yang putih itu. "Adik, apa yang adik pandang tu?" tanya si abang. Dengan suara yang agak berlainan si adik menjawab "Tuuuuuuuu....tuuuuuuuu...tuuuuuuu".   Apa yang tuuuuuuuuuuuuu? Sambil menunjukkan jari telunjuknya dan masih berkata perkara yang sama "tuuuuuuuu...tuuuuuuuuu....tuuuuuuuu".

Adik jangan buat abang rasa takut lah, cuba adik beritahu dekat abang. Apa yang adik nampak dekat atas tu? Dengan muka yang semakin pucat dan ketakutan adiknya menjawab.........

" Mak !! Adik pergi dulu " Episode 1.

Selamat pagi adik, kata mak kepada arif yang lebih manja dipanggil adik. Sambil mencium pipinya yang lembut itu maknya pun berkata, pagi ini mak nak hantar adik arif si aiman tu masuk prasekolah. Mesti lama nanti mak dekat sana sebab ada mesyuarat sekali. Abang ikut mak sekali nanti, adik tak mahu ikut? Arif yang merasakan dirinya keseorangan dirumah pun berkata kepada maknya " adik ikut mak lah, sebab nanti adik keseorangan dekat rumah pula ". Sebuk je nak ikut, si abang menyampuk. Hehe. Tengok abang ni mak, sengaja nak cari gaduh...

Ok, siap cepat nanti kalau lambat mak tinggalkan sahaja kamu berdua ni. Kalau lambat daftar nanti lagi lama lah mak dekat sana. Sambil menunggu si abang dan adiknya bersiap-siap, mak arif pun mengambil sedikit masa untuk mengemas dapur. 10 minit sudah berlalu, maknya pun bersuara " lambat lagi ke anak-anak mak ni nak siap", lalu si abang menyampuk " ok, abang dengan adik dah siap dah". Jom kita pergi.

Perjalanan ke sekolah yang mengambil masa selama 5 minit itu tidaklah begitu lama kerana sekolah yang ingin ditujui tidak lah jauh dari kediaman mereka. Sampai pun di Sekolah aiman ni, kata mak kepada arif. Masa sudah lambat ni, mak hendak ke dewan untuk dengar ceramah. Abang tolong jaga adik dekat luar ye, mak dengan aiman nak masuk dewan ni. Baik mak, balas si abang yang sebenarnya sangat lapar kerana belum bersarapan pagi.

Selepas 5 minit berlegar-legar diluar dewan, si adik pun bertanya kepada abangnya " Abang, tandas dekat mana ye, adik dah tak tahan nak buang air ni ". Adik terus lepastu belok kanan, dekat situ tandasnya. Hati-hati, jangan main yang bukan-bukan, sergah si abang !. Hampir 10 minit juga arif memasuki tandas tetapi masih lagi belum keluar. Si abang yang tidak senang hati pun pergi ke tandas tersebut dan memanggil adiknya, " Adik........adik....... berapa lama dekat dalam tandas tu. ". Lalu si adik pun menjawab, " sekejap lah bang, adik sakit perut ni ". Ok, jangan lama sangat ye, nanti kejap lagi mak dah nak habis ceramah dah, kata si abang yang sungguh risau dengan adiknya.

Tidak lama kemudian, adiknya yang berada lama di dalam tandas itu pun keluar dan berjalan menuju ke abangnya. Dah habis ke buang air tu, kata si abang kepada adik sambil mereka berdua berjalan menuju ke dewan. Ketika dalam perjalanan menuju ke dewan, si adik mengejutkan abangnya dengan berkata. " Abang, siapa orang tua tu, adik macam pernah nampak lah ". Si abang yang sungguh hairan kerana tiada sesiapa pun yang berada di hadapannya ketika itu. Dengan suara yang tegas si abang pun berkata..................

SINOPSIS : " Mak !! Adik pergi dulu "


TAJUK
 " MAK !! ADIK PERGI DULU "

PENULIS 
 Muhammad Taufiq

SINOPSIS : 

Kehidupan seorang anak yang taat kepada kedua orang tuanya tetapi dia tidak sedar bahawa kehidupan didunia ini hanya sementara buatnya. Dunia ini dianggap persinggahan diusia muda dan terpaksa melepaskannya hanya kerana Allah memilih dia.

Menikmati kehidupan seharian yang memberi seribu satu kebahagian bersama keluarga. Duduk bersama maknya kerana ayah yang sudah lama bercerai dan tidak duduk sebumbung dengannya membuatkan dirinya bangkit untuk menempuhi kehidupan di dunia yang hanya sementara. Pada permulaan kehidupan, dia merasakan dia pasti akan mendapat kesempurnaan didunia ini tetapi apa kan daya Allah lebih sayangkannya.

Kehidupan yang kurang mampu bersama maknya membuatkan dia berasa adakah pemergiannya menjadi satu  kesenangan buat maknya. Adakah dia membebankan, kerana maknya perlu menyara abang dan adiknya yang lain. Dia tidak sedar bahawa dia telah menghidap penyakit barah otak yang boleh membawa maut pada bila-bila masa sahaja.

Bersekolah seperti biasa, makan dan minum bersama abangnya membuatkan dirinya terlalu rapat dengan abangnya. Abang yang selalu menasihati adiknya dan kadang-kadang selalu bergaduh bersama adiknya hanya kerana adiknya mendapat kasih sayang yang lebih dari maknya. 

Tetapi pada suatu hari, ketika maknya pergi ke sekolah untuk mendaftarkan adiknya yang paling kecil bersekolah. Dia telah menunjukkan satu reaksi yang agak pelik dan mula menampakkan sesuatu perkara yang aneh dan di situlah  bermulanya..............


Pembukaan blog baru Coretan Hati

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat siapkan satu lagi blog yang khas untuk coretan hati ini. Tidak kira lah coretan yang ingin dikongsi sama ada cerpen, novel, cerita cinta dan yang berkaitan dengan kehidupan.

Ramai dah tak sabar-sabar nak tunggu coretan novel pertama dari saya. Tajuk novel pertama yang akan dikongsi ialah " Mak, adik pergi dulu ". Sungguh sedih tajuk itu, tapi banyak hikmah dan isi-isi kehidupan yang ingin dikongsi.

Untuk pengetahuan semua, mungkin ada yang sudah kenal dengan link blog ni. Ye, penulis blog ini sudah mempunyai blog pertamanya iaitu www.taufiqnazli.com dan untuk blog coretan hati ini dia menggunakan taufiqnazli.blogspot.com supaya ramai yang akan senang ingat.

Semua coretan didalam blog ini adalah HAK MILIK PENULIS. Saya mengharapkan semua akan suka dengan blog ini nanti. Akhir kata, sila lah follow blog ni dan jangan lupe KLIK LIKE pada fan page saya iaitu TAUFIQNAZLI FANPAGE .

Sila lah komen sikit tentang interface blog ni dan jangan lupa tunggu entri coretan pertama dari blog ni. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...